Bisnes & EkonomiHiburan

BTS Bernilai RM15 Bilion Untuk Korea Selatan

Band lelaki terkenal dari Korea Selatan, BTS bernilai lebih daripada AS$3.6 bilion (RM15 bilion) kepada ekonomi negara itu setiap tahun. Ia bersamaan dengan sumbangan 26 syarikat bersaiz sederhana, lapor sebuah institut penyelidikan.

Kumpulan muzik itu juga merupakan sebab setiap seorang daripada 13 pelancong asing melawat Korea Selatan pada tahun 2017, kata Institut Penyelidikan Hyundai.

Dikenali dengan penampilan mereka yang cukup bergaya dan gerakan tarian yang memukau, BTS atau singkatan untuk Bangtan Sonyeondan, yang diterjemahkan sebagai Bulletproof Boy Scout, telah menjadi salah satu eksport muzik Korea yang paling terkenal dan paling berharga.

Pada awal tahun ini, kumpulan tujuh ahli itu menjadi band K-pop pertama yang muncul di carta album Amerika Syarikat, menandakan genre muzik itu mula berkembang ke Barat.

Penerimaan itu telah membantu merangsang imej jenama produk Korea Selatan di luar negara, kata institut itu, menjadikan BTS sebagai aset ekonomi yang bernilai.

Para penyelidik kemudian menganggarkan kesan tahunan kumpulan itu atau jumlah nilai ekonomi yang dihasilkan oleh industri berkaitan ialah pada AS$3.6 bilion (RM15 bilion) setiap tahun, sama dengan 26 buah syarikat bersaiz sederhana.

Kira-kira 800,000 pelancong dipercayai telah memilih Korea Selatan sebagai destinasi mereka tahun lalu kerana BTS – lebih daripada tujuh peratus daripada jumlah pelawat ke negara terbabit.

Lebih daripada AS$1 bilion (RM4.18 bilion) dalam eksport pengguna, seperti pakaian, kosmetik, dan bahan makanan, juga turut dikaitkan dengan BTS.

Jika BTS mengekalkan populariti mereka, mereka dijangka menjana nilai ekonomi 41.8 trilion won (RM155bil) dalam tempoh 10 tahun akan datang, tambah institut itu.

Related image

Dalam perkembangan lain, menutup tahun 2018, Billboard memilih album BTS Love Yourself:Answer sebagai album K-pop terbaik tahun ini.

“BTS telah meningkat ke bahagian atas industri muzik global. Mereka mengeluarkan album Love Yourself, di mana kumpulan itu menggalakkan orang ramai untuk menyayangi diri sendiri.”

Berikutan analisis menyeluruh mengenai album itu, Billboard memujinya, berkata “Walaupun ada yang mungkin merasa muzik pop sukar untuk mempunyai kualiti dan gaya, album Love Yourself:Answer ini adalah lengkap.”

Show More

Related Articles

Back to top button