AntarabangsaIsu Semasa

Kami Berjaya Sampai Ke Angkasa! – Virgin Galactic

Kapal pelancongan angkasa milik Virgin Galactic telah berjaya mencapai jarak ketinggian lebih daripada 50 batu (80km) buat pertama kali, di mana syarikat itu menganggap jarak tersebut sudah memasuki sempadan angkasa lepas.

“Kita telah berjaya sampai ke angkasa!,” kata pegawai misinya, Enrico Palermo.

Kejayaan ini sekali gus menjadikan Virgin Galactic semakin hampir untuk merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pelancongan di angkasa lepas.

Difahamkan, roket yang akan membawa pelanggan pada masa akan datang nanti mempunyai saiz seperti jet eksekutif, yang boleh menampung 6 orang pada satu masa.

Pengasas Virgin Galactic, Richard Branson berkata, pihaknya akan melakukan lebih banyak ujian penerbangan dan sekiranya semua berjalan lancar, beliau akan akan menjadi individu yang pertama untuk menaiki roket itu ke angkasa sebelum ia dibuka kepada orang awam.

“Saya percaya bahawa sekitar separuh kedua tahun hadapan, kita akan mula mampu membawa orang-orang biasa ke angkasa,” katanya.

Difahamkan, Virgin Galactic menganggap jarak ketinggian 50 batu sebagai sempadan angkasa kerana ia adalah jarak yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) serta agensi-agensi lain di negara itu.

Namun, terdapat juga pandangan lain yang menganggap bahawa sempadan angkasa adalah pada jarak ketinggian 62 batu (100km).

Tetapi, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, George Whitesides menyatakan bahawa kajian terbaru menunjukkan jarak untuk mencapai sempadan angkasa adalah 50 batu.

“Ini merupakan satu langkah besar kehadapan dan apabila kita lihat pada data, kita akan nampak apa sebenarnya laluan itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, lebih daripada 600 orang dilaporkan sanggup membelanjakan wang sehingga AS$250,000 (RM1 juta) untuk perjalanan ke angkasa, termasuk peluang melihat bumi dari sana.

Kapal angkasa berkenaan juga akan digunakan bagi tujuan penyelidikan, danĀ Agensi Penerbangan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) dilaporkan telah menjalankan eksperimen sains ke atas ujian penerbangan kapal itu.

Sumber: AP

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker