BudayaHiburan

Model Malaysia Mempamerkan Karya Seninya Di Paris

Bukan hanya sekadar seorang model, tetapi kini Sheena Liam telah membuat nama untuk dirinya sebagai seorang artis seni.

Dengan menggunakan nama gelaran Times New Romance, artis berusia 27 tahun itu telah mengeluarkan karya sulaman kontemporari yang telah mendapat perhatian ramai peminat seni.

Dua bulan lalu, Liam mengadakan pameran solo pertamanya di Galeri Item di Paris. Pertunjukan bertajuk Times New Romance itu memaparkan semua kerja yang telah disiapkannya untuk kali pertama. Sebelum ini siri tersebut hanya dikongsi melalui Instagram.

“Ini adalah kali pertama saya mempamerkan karya penuh saya kepada orang ramai. Ia adalah koleksi dari semua karya saya yang saya buat semasa saya mengembara,” kata Liam.

Menurut Liam, Times New Romance adalah satu siri karya kiasan yang meneroka saat istimewa dari kehidupan peribadinya.

Dalam karya seninya, Liam membuat sulaman potret diri dengan benang. Ia merupakan gabungan sulaman longgar dan erat untuk melengkapkan estetik yang telah menjadi seni khasnya.

Ketika muda, Liam mempelajari asas-asas sulaman dari ibunya dan mendapati dirinya sering melakukan sulaman untuk mengekspresikan diri.

Liam telah mengubah hobi santainya itu menjadi koleksi sulaman yang besar.

Selepas seninya, Times New Romance dimuat naik kepada media sosial pada tahun 2017, Liam berjaya menarik perhatian media dan juga peminat. Pada masa ini, akaun Instagram @times.new.romance mempunyai 242,000 pengikut.

Gabungan karya seni awal pada tahun 2016 dan kemudian reka bentuk yang lebih rumit, Liam mempamerkan seninya kepada orang awam untuk kali pertama dan memilih untuk bekerjasama dengan Galeri Item.

Dia mendedahkan bahawa setiap ciptaan seni itu mempunyai kisah peribadi buatnya.

“Saya telah membawa seni itu di dalam beg saya selama dua tahun. Ia mengikuti saya di seluruh dunia,” katanya.

Untuk pameran Times New Romance itu, ia mengambil masa dua tahun untuk merancang.

Walaupun kini berpangkalan di Amerika Syarikat, dia amat teruja jika dapat peluang utnuk mempamerkan karya-karyanya di Malaysia.

 

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker