Gaya HidupTeknologi

Kejohanan PUBG Mobile Sulung Malaysia Tawarkan Hadiah Terkumpul RM60,000

Tencent Gaming bakal mengadakan kejohanan rasmi untuk permainan video battle royal yang popular kini, PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG di Malaysia.

PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2018 merupakan kejohanan rasmi yang pertama diadakan di Malaysia oleh Tencent Gaming.

Kejohanan ini turut ditaja oleh Vivo dan Yoodo, PMNC 2018 melihatkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM60,000, 16 unit telefon pintar Vivo V11i beserta mobile plan selama setahun dari Yoodo.

Menurut Oliver Ye, Pengarah SEA Tencent Game, beliau berharap kejohanan ini dapat mencipta komuniti kompetitif melalui PUBG itu sendiri. Melihatkan e-sukan bakal beraksi di Sukan Asia 2019, beliau turut berharap kejohanan ini dapat membawa e-sukan ke peringkat yang lebih tinggi.

Peringkat kelayakan kejohanan ini akan diadakan di empat negeri di seluruh Malaysia; Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur. Manakala Grand Finals akan diadakan di Kuala Lumpur pada Januari tahun hadapan.

  • Pusingan Kelayakan Johor: 22 Disember 2018, Aeon Tebrau City, Johor
  • Pusingan Kelayakan Sabah: 25 Disember 2018, Kompleks Karamunsing, Sabah
  • Pusingan Kelayakan Sarawak: 06 Januari 2019, Emart Batu Kawa, Sarawak
  • Pusingan Kelayakan Kuala Lumpur : 12 Januari 2019, Sunway Velocity Level 3, Kuala Lumpur
  • Grand Finals : 26 Januariy 2019, Vanity Atrium, Sunway Velocity, Kuala Lumpur (16 pasukan)

Tarikh penyertaan sudah mula dari 15 Disember 2018. Kepada yang ingin menyertai kejohanan ini, anda boleh melayari dan mendaftar di http://www.pubgmobile.com/MY/PMNC/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker