Sukan

Akhyar Rashid Menjadi Rebutan KFA, JDT dan kini Singa Utara!

Isu klausa perjanjian pemain di mana masalah perpindahan pemain sering berlaku setiap kali musim baharu Liga Malaysia bermula.

Kebanyakannya tentang penebusan kontrak serta beberapa klausa dalam kontrak semasa yang keliru dengan klausa yang ditetapkan sehingga pemain sukar untuk menyertai kelab baharu.

KFA vs JDT

Hal ini terjadi lagi pada kali ini apabila terjadinya perbalahan di antara Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan Johor Darul Ta’zum (JDT) tentang klausa penebusan kontrak timbul.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan Akhyar boleh menebus baki kontraknya selama setahun bernilai RM210,000 kepada KFA bagi memboleh­kan dia bergelar ejen bebas.

Selepas bergelar ejen bebas, mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan khidmatnya perlu melunaskan RM75,000 kepada KFA sebagai pampasan untuk latihan dan pembangunan.

Namun belum reda lagi persengketaan di antara JDT dan KFA, muncul sebuah postingan dari skuad Singa Utara yang ingin memancing bintang muda berusia 19 tahun itu.

KFA vs JDT vs PFA

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, status Akhyar kini masih bebas dan pihaknya bersedia mengadakan rundingan dan merisik penyerang berasal Kedah ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengaturkan pertemuan dengan Akhyar dalam tempoh terdekat dan berharap perjumpaan tersebut berlangsung positif.

Malah katanya, PFA juga akan bertemu semula dengan KFA bagi membincangkan semula status sebenar Akhyar selain mendengar tuntutan mereka sekiranya ingin melepaskan pemain tersebut.

Perlis Bangga Dikaitkan Dengan Khabar Perpindahan Akhyar Ke PFA

Sementara itu, Ketua Jurulatih Perlis, Manzoor Azwira Abd. Wahid berkata, Perlis merasa bangga apabila dikaitkan khabar perpindahan Akhyar ke negeri ini sebagaimana tular di beberapa portal bola sepak sebelum ini.

“Datuk Presiden sememangnya berminat dengan Akhyar sejak awal lagi. Di sini, kami ingin menegaskan sebagai pasukan bola sepak yang baharu dibentuk semula, kami amat berminat membuka pintu kepada Akhyar dan akan membuat rundingan bersamanya sebagai pemain yang masih mempunyai status bebas seterusnya dijadikan aset Perlis,” katanya dalam status yang dikongsi di laman facebook NorthernLions Perlis di sini, hari ini.

Bertambah Lagi Pemain Hebat Ke Dalam PFA?

Menurut UtusanOnline, antara pemain bintang yang sudah mengesahkan untuk bersama Perlis bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan ialah Safee Sali; Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya; Khyril Muhymeen; Azmi Muslim dan Amiridzwan Taj Tajudin.

Sebelum ini, juara Liga Super, JDT menegaskan mereka tidak perlu berhubung dengan KFA bagi mengadakan rundingan dengan Akhyar.

Hal demikian kerana Akhyar sudahpun berstatus ejen bebas selepas pemain berusia 19 tahun itu menamatkan kontraknya bersama Kedah.

FAM Bakal Selesaikan Masalah Kekeliruan Klausa Perpindahan Pemain

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan semua yang terlibat untuk memperhalusi setiap klausa yang terdapat di dalam kontrak agar masalah seperti itu tidak berulang.

Katanya, ini merupakan kali pertama dia berdepan isu seperti itu selepas menyertai badan induk bola sepak negara, namun, perkara tersebut boleh diselesaikan dengan cara yang betul.

 Sumber Imej Terencana : FootballTribe

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button