Isu SemasaPolitikTempatan

Ahli UMNO Lompat Parti Akan “Ambil Alih” PPBM?

Pada Selasa malam, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memutuskan untuk menyerahkan tugasnya sebagai presiden kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan (Tok Mat).

Pada malam itu juga, Zahid berpesan kepada anggota-anggota partinya supaya tidak menjadi seperti “ketam yang berada di dalam bakul”, menarik dan memijak antara satu sama lain semata-mata untuk “menyelamatkan diri.”

Malah, beliau memberi amaran bahawa mereka yang “melarikan diri daripada bakul” itu sebaliknya akan “dimasak” jika tidak memeriksa/muhasabah diri.

Bercakap tentang isu ahli-ahli UMNO yang telah meninggalkan serta lompat parti, Zahid menegaskan bahawa mereka tidak akan boleh kembali semula.

Bukan itu sahaja, malah beliau juga memberi amaran kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM/Bersatu) agar berhati-hati dengan bekas ahli UMNO yang menyertai mereka.

“Saya mahu memberi amaran kepada PPBM untuk berhati-hati dengan ‘rekrut’ baru anda.

“Mereka ini mahu mengambil alih, dan akan membawa masuk orang-orang mereka untuk mengambil alih parti anda (PPBM),” katanya.

Dalam pada itu, Zahid turut menjelaskan bahawa Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) hanya boleh dilaksanakan di bawah syarat-syarat tertentu.

Tambahnya juga, tiada peruntukan di dalam Perlembagaan UMNO yang membolehkan pemilihan semula diadakan bagi jawatan presiden parti.

“Tiada peruntukan di dalam perlembagaan UMNO yang membolehkan pemilihan semula,” katanya sambil menambah bahawa presiden parti perlu menghabiskan penggalnya selama tiga tahun.

Untuk melaksanakan EGM, berikut adalah peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan parti keramat tersebut:

1. EGM boleh diadakan sekiranya presiden mengkehendakinya

2. Mendapat permintaan bertulis daripada 50% ahli Majlis Tertinggi

3. Semua bahagian mengadakan mesyuarat dan 2/3 perwakilan meluahkan hasrat untuk mengadakan EGM

 

APA KATA TUN DR. MAHATHIR TENTANG UMNO AKAN ‘MENDOMINASI’ PPBM?

Sementara itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memberi respon terhadap kenyataan Zahid bahawa bekas ahli-ahli UMNO akan mendominasi PPBM.

Dr. Mahathir berkata, menerima bekas ahli UMNO di dalam PPBM tidak bermakna mereka akan mengambil alih parti itu satu hari nanti.

“Jangan harap. Mereka tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sehingga pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata, PPBM menerima sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai parti itu, termasuk individu-individu yang mempunyai masa silam yang buruk.

“Semua orang boleh masuk. Malah anda juga boleh masuk,” ujar beliau.

 

 

Sumber: NST, The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker