Sukan

Zidane, Simeone atau Pochettino Bakal Mengendali The Red Devils?

Setelah Jose Mourinho dipecat semalam kerana prestasi buruk pada separuh pertama musim Liga Perdana Inggeris, banyak spekulasi tersebar siapa bakal menjadi pengendali tetap kelab Manchester United. Terdapat tiga nama yang disebut-sebutkan bagi menggantikan Mourinho yang menerima bayaran ganti rugi sebanyak 22.5 juta pound (RM118 juta) dan seorang merupakan pengganti sementara memandangkan Red Devils masih lagi beraksi dalam Liga Juara-Juara.

  1. Mauricio Pochettino

Menurut BBC, Pochettino berada di senarai teratas kerana Pochettino mempunyai reputasi untuk mengeluarkan potensi maksima sesebuah pasukan dan sentiasa dipuji kerana berjaya mengembangkan bakat pemain muda Inggeris. 

Pochettino terkenal dengan mempunyai kemampuan mengendalikan pemain dan kakitangan. Tambahan pula dia sudah pun bekerja dengan pengerusi Daniel Levy di mana beliau beroperasi seperti pengarah teknikal.

Real Madrid juga pernah melahirkan minat terhadap Pochettino pada musim panas yang lalu dan ura-ura tersebut masih berlegar di arena bola sepak.

Namun begitu, Pochettino baru sahaja menandatangani kontrak lima tahun bersama Spurs pada musim panas yang lalu dan jika terdapat kelab mahu perkhidmatannya, kelab tersebut perlu membayar sekurang-kurangnya 20juta pound untuk melepaskannya dari ikatan kontrak tersebut.

Pada masa yang sama, Gary Neville yang memenangi beberapa gelaran Liga Perdana ketika di Old Trafford di bawah kendalian Alex Ferguson, menegaskan Manchester United harus melantik Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu pasukan itu kerana dia merupakan calon paling sesuai.

  1. Zinedine Zidane

Zidane mempunyai rekod yang baik sebagai pengurus pasukan Real Madrid dengan merangkul tiga kejuaraan dalam masa tiga tahun di bawah kendaliannya. 

Khabar angin tentang Zidane dan United telah muncul setelah beliau melangkah keluar dari Bernabeu bulan Mei lalu. Akan tetapi persoalan tentang kebolehannya memberi latihan teknikal bagi memajukan pemain muda masih menjadi tanda tanya dan harga yang diperlukan untuk membayar Zidane sudah hampir pasti sangat tinggi.

  1. Diego Simeone 

United pernah bertemu boss Atletico Madrid semasa mencari pengurus baharu pasukan tetapi adakah beliau merupakan orang tepat untuk membina balik Manchester United memandangkan reputasinya yang baran dan sama ada corak pemain yang dilakukan adalah efektif atau tidak menjadi persoalan besar.

Simeone mempunyai taktikal yang tersusun selama di La Liga dan hebat memupuk mentaliti membina seperti Sir Alex Fergusan dan Mourinho.

4. Ole Gunnar Solskjaer

Buat masa kini, Ole Gunnar Solskjaer hampir pasti menggantikan tempat Jose Mourinho sebagai pengurus sementara Manchester United selepas kelab itu secara tidak sengaja membuat pengumuman dalam laman web rasmi mereka.

Walaupun masih belum ada pengumuman rasmi daripada kelab itu tetapi satu video meraikan Solkjaer dapat dilihat di laman web rasmi United sekali gus mengesahkan pelantikannya.

Video itu memaparkan beliau menjaringkan gol kemenangan buat United ketika menewaskan Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara 1999 dan diberi tajuk ‘The most famous night of Ole’s career’.

Perdana Menteri Norway, Erna Solberg turut seolah-olah mengesahkan pelantikan Solskjaer menerusi Twitter miliknya dengan menulis: “Hari yang hebat buat bola sepak Norway. Semoga berjaya mengendali Red Devils.”

Solskjaer menjaringkan 128 gol dalam 367 penampilan bersama United sepanjang 10 musim bermain di bawah kendalian pengurus legenda kelab itu, Alex Ferguson yang membelinya dari Molde pada 1996.

Selepas bersara, pemain Norway itu dilantik sebagi bos skuad simpanan United sebelum beliau menyertai Molde sebagai pengurus pada 2010.

Solskjaer turut mempunyai pengalaman membimbing Cardiff City pada 2014 tetapi hanya menang sembilan daripada 30 perlawanan sekali gus tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris. Beliau kemudian dipecat dan kembali ke Molde pada 2015.

Saingan liga di Norway tamat bulan lalu dan hanya akan bermula pada 31 Mac depan dan Solskjaer dijangka tidak menolak peluang bagi mengendalikan kelab besar.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker