Antarabangsa

Antara 8 Pembunuh Bersiri Paling Dasyat Dunia

  1. Jururawat Jerman 

Niels Hoegel, 41 tahun bekas jururawat telah mengaku bersalah membunuh 100 pesakit di bawah jagaannya pada hari pertama perbicaraan diadakan pada Oktober 2018 yang lalu. Pengakuannya itu telah mengejutkan ramai dan menjadi perbicaraan pembunuhan bersiri terbesar setelah peperangan di Jerman.

Hoegel membunuh mangsanya dengan menyuntik pesakit dengan ubat yang tidak dibenarkan sehingga menyebabkan jantung pesakit itu tidak dapat berfungsi. Pakar psikologi berkata Hoegel tidak berniat untuk membunuh mangsa tetapi lebih kepada “bosan” setelah beberapa hari berjaya menyelamatkan pesakit.

  1. Pembunuh Papan Catur

Alexander Pichushkin berusia 33 tahun semasa dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2007 kerana membunuh 48 orang dari tahun 2002 sehingga 2006. Mangsanya ialah lelaki berusia yang mabuk dan bertemu dengannya di taman luar bandar Moscow, Rusia. 

Dia akan menghumban mangsanya ke dalam pembentung dan menyebabkan mereka lemas dan kemudiannya mencekik atau memukul mereka dengan tukul jika mangsa tersebut berusaha untuk keluar dari pembentung. Salah satu mangsanya telah mati kerana telah dihumban keluar dari tingkat 16 sebuah bangunan.

Pichushkin berkata dia mahu membunuh satu orang untuk setiap 64 petak yang ada pada papan catur.

  1. Penunggang Basikal China

Pada 2004, Yang Xinhai yang berusia 35 tahun ketika itu telah dijatuhkan hukuman kerana membunuh 67 orang sepanjang tiga tahun sebelum penangkapannya pada tahun 2003. 

Disifatkan sebagai seorang introvert, dia akan menunggang basikal dari satu tempat pembunuhan ke satu lagi dengan memasuki rumah di kawasan pedalaman dan membunuh penghuninya menggunakan kapak, tukul ataupun penyodok. Motif pembunuhannya hanya sekadar “suka-suka”.

  1. Pembunuh Terburuk Amerika

Gary Ridgway telah dijatuhkan 48 hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2003 kerana mengaku membunuh 48 pelacur dan pelarian dari tahun 1982 sehingga 1984. Dia yang bekerja sebagai pengecat lori telah dijatuhkan hukuman tersebut semasa berusia 54 tahun dan menjadi antara pembunuh paling dasyat dalam sejarah Amerika. 

  1. Doktor Yang Membunuh

Seorang doktor keluarga di utara England, Harold Shipman telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2000 setelah bersalah membunuh 15 pesakit tua dengan memberi mereka morfin yang membawa kematian. 

Walau bagaimanapun Shipman telah menggantung diri di penjara pada tahun 2004 pada usia 57 tahun. Sebuah siasatan telah mendapati dia membunuh 250 pesakit dari tahun 1971 sehingga 1998 yang menyebabkan dia menjadi pembunuh bersiri terburuk di negara tersebut.

  1. Raksasa Genova

Luis Alfredo Garavito, seorang jurujual berjalan telah dijatuhkan hukuman 835 tahun di penjara pada tahun 2000 di usia 42 tahun kerana telah membunuh 189 kanak-kanak lelaki berusia 8 ke 16 tahun dalam masa lima tahun. 

Dikenali sebagai raksasa Genova kerana lahir di Colombia, Garavito dia berjumpa mangsanya dengan berlakon sebagai pekerja amal, jurujual, sami dan juga orang kurang upaya.

Garavito memikat kanak-kanak ini dengan memberi mereka makanan dan minuman dan akan menorah leher mangsa setelah merogol dan membunuhnya. Ada yang dipenggal kepala.

  1. Cikgu Menjadi Pembunuh

Pada tahun 1992, Andrei Chikatilo 56 tahun telah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh 52 wanita, kanak-kanak dan orang muda akibat motif seksual.

Pembunuhan yang dilakukan dari tahun 1978 sehingga 1990 ini telah menyebabkan dia di beri julukan “Butcher of Rostov”.

  1. Raksasa Andes

Pada tahun 1980, Pedro Lopes Monsalve telah ditahan di sebuah pasar di Ecuador kerana menculik seorang perempuan. Dia kemudiannya telah mengaku telah mencekik mati 310 kanak-kanak miskin di Colombia, Ecuador dan Peru.

Polis telah menemukan sebuah padang yang ditemukan 53 mayat kanak-kanak ditanam. Monsalve telah dijatuhkan hukuman 16 tahun di penjara di mana itu merupakan hukuman maksima di Ecuador. Dia kemudiannya diekstradisi ke Coloumbia pada tahun 1994 dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa.

Mosalve dibebaskan beberapa tahun setelah itu dan menghilang. Jika dia masih hidup sehingga kini, dia akan berusia 70 tahun tahun ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker