AntarabangsaIsu SemasaTempatan

Tiada Lagi Kebenaran Kahwin Bawah Umur di Selatan Thai

Majlis Islam Thailand untuk kali pertama dalam sejarah telah mengeluarkan larangan terhadap perkahwinan kanak-kanak di seluruh negara itu.

Hal ini telah diputuskan setelah orang ramai mengkritik perkahwinan yang diadakan awal tahun ini antara seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan seorang lelaki empat kali umurnya.

Peraturan baru Majlis Agama Islam Tengah (CICOT) itu mengharamkan kanak-kanak di bawah umur 17 tahun dari perkahwinan.

Peraturan baru itu akan diumumkan kepada semua masjid, Wisut Binlateh, pengarah pusat penyelarasan untuk Pejabat Sheikhul Islam dan ahli kanan Majlis Islam, memberitahu Benar News.

Wisut juga berkata bahawa Sheikhul Islam dari Thailand Aziz Phitakkumpon, yang juga pengerusi CICOT, telah memberikan persetujuannya terhadap peraturan baru ini pada akhir bulan November lalu.

Panadda Isho, pakar undang-undang di Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), juga memberitahu Benar News bahawa SBPAC akan menterjemahkan peraturan baru ke dalam bahasa Melayu dan menghebohkan informasi melalui seminar.

Peraturan baru ini akan memastikan masjid-masjid tempatan tidak boleh memberi izin untuk perkahwinan yang melibatkan sesiapa yang berumur di bawah 17 tahun kecuali jika mahkamah Islam memberi kebenaran atau ibu bapa menandatangani dokumen yang meluluskan perkahwinan di pejabat jawatankuasa Islam wilayah atau di balai polis tempatan.

Satu jawatankuasa kecil khas juga ditubuhkan untuk mempertimbangkan perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak yang berusia di bawah 17 tahun, yang mana akan diberi lampu hijau jika perkahwinan itu memberi manfaat kepada pasangan.

Salah seorang daripada tiga ahli jawatankuasa itu mestilah seorang wanita yang mempunyai pengetahuan tentang undang-undang Islam dan dia mesti bertanggungjawab untuk menemuramah gadis yang memohon untuk berkahwin itu.

Langkah bersejarah ini menamatkan amalan yang meluas di wilayah-wilayah majoriti Muslim di selatan Tahiland di mana gadis-gadis muda dari keluarga yang miskin akan dikahwinkan dengan izin masjid setempat sebaik sahaja gadis itu akil baligh.

Di wilayah selatan Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun, undang-undang Islam digunakan sebagai ganti Kod Awam untuk urusan keluarga dan warisan. Undang-undang terbabit tidak menetapkan umur minimum untuk perkahwinan tidak seperti Kanun Sivil, digunakan di tempat lain dalam Kerajaan, yang telah menetapkan usia minimum pada 17 tahun.

Kelemahan itu menyebabkan ramai lelaki Malaysia mengahwini gadis muda dari Thailand sebagai isteri, dan imam tempatan mendapat manfaat ekonomi dari kelemahan ini, aktivis Sanphasit Koomprafant sebelum ini memberitahu The Nation.

Sementara itu, Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Nasional, Angkhana Neelapai-jit, berkata tindakan Majlis Islam itu tidak mencukupi. Tanpa penalti yang ditetapkan, peraturan itu hanyalah seperti “meminta kerjasama,” katanya kepada The Nation.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker