EventsGaya Hidup

Comic Fiesta 2018 Kembali Lagi!

Comic Fiesta merupakan sebuah konvensyen ACG (Anime Comic Game) terbesar di Malaysia bakal berlangsung sekali lagi buat kali ke-16 berturut-turut.

Ia adalah acara yang menggumpulkan penggiat artis seni komik dan muzik di dalam pelbagai acara.

Seperti biasa, Comic Fiesta (CF) tidak akan lengkap dengan kehadiran cosplayer dari pelbagai watak anime dan manga yang turut memeriahkan konvensyen kali ini.

Apa Yang Menarik Di Comic Fiesta 2018 Kali Ini?

Antara acara yang dinantikan setiap tahun termasuklah pertanding cosplay; Cosplay Invitation, Speedpainter Showdown, Stamp Rally dan Table Flip Challenge.

Selain itu, CF kali ini turut menjemput beberapa artis seni dari Jepun seperti MYTH & ROID, KORS, RYU, YUC’E dan DJ SUNAMORI serta beberapa ikon cosplay seperti HANEAME, ISIS VASCONCELLOS dan PION.

TRIGGER Studio, studio yang membawakan SSSS.GRIDMAN dan PROMERE turut dijemput untuk berkongsikan berita terbaru projek-projek mereka.

Peminat juga boleh mendapatkan barangan dan cenderamata dari pelbagai koleksi anime dan manga melalui Creative Art Market.

Peminat Esport juga tidak dilupakan dengan CF turut mengadakan beberapa pertandingan mini permainan video yang akan diumumkan kelak.

Dapatkan Tiket Anda

Untuk mendapat tiket EARLY BIRD, Klik di sini | Odyssey Chest, Klik di sini

Comic Fiesta 2018 akan berlangsung pada 22 dan 23 Disember ini di KLCC Convention Centre

Kunjungi laman web rasmi / laman Facebook mereka untuk informasi terkini Comic Fiesta 2018.

https://www.comicfiesta.org/  |   https://www.facebook.com/ComicFiesta/

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker