Hiburan

UK Haramkan Semua Iklan Berbentuk Seksis

Iklan yang menunjukkan wanita menghadapi kesusahan untuk meletak kereta atau lelaki yang enggan melakukan kerja rumah, akan diharamkan di UK bermula tahun hadapan sebagai sebahagian daripada tindakan keras industri terhadap stereotaip seksis.

Di bawah peraturan baru, syarikat-syarikat British tidak lagi dapat membuat promosi yang menggambarkan lelaki dan wanita yang terlibat dalam aktiviti stereotaip jantina. Ini kerana, gambaran tersebut menyumbang kepada ketidaksamaan gaji dan memberi kesan psikologi.

Iklan tidak lagi dibenarkan untuk menunjukkan seseorang itu gagal melakukan sesuatu tugas kerana jantina mereka, seperti seorang lelaki yang tidak dapat menukar lampin atau seorang wanita yang tidak dapat melakukan produk DIY.

Peraturan baharu ini juga akan mengharamkan iklan yang menunjukkan bahawa mengubah bentuk tubuh akan membuat seseorang lebih berjaya, sekaligus menjelaskan peraturan tentang seksualisasi wanita muda.

Menurut The Guardian, Pihak Berkuasa Piawaian Pengiklanan (ASA) akan menguatkuasakan kod baru ini mulai Jun 2019. Orang awam juga  akan dapat membuat aduan jika mereka merasakan pengiklan melanggar kod tersebut.

Jurucakap ASA, Ella Smillie yang membantu menggubal peraturan baru itu berkata: “Kami tidak menganggap ASA sebagai jurutera sosial, sebaliknya kami hanya menginginkan perubahan dalam masyarakat.

“Menukar peraturan iklan tidak akan menamatkan ketidaksamaan jantina tetapi kita tahu pengiklanan boleh memperkuat stereotaip jantina yang memudaratkan, yang boleh mengehadkan pilihan seseorang atau potensi dalam kehidupan. “

Ella menyatakan kesan-kesan nyata daripada ketidaksamaan jantina, seperti jurang gaji berdasarkan jantina, kadar wanita yang rendah dalam sesuatu bidang kerja dan sebilangan besar lelaki yang bergelut dengan masalah kesihatan mental.

Walau bagaimanapun, ASA menegaskan bahawa iklan yang menampilkan orang popular, menarik, berjaya atau sihat masih akan dibenarkan, dengan syarat mereka tidak memperkuat stereotaip jantina yang memudaratkan.

Selain itu, iklan yang hanya menampilkan satu jantina juga turut dibenarkan sementara iklan yang mempamerkan stereotaip jantina untuk membawa perubahan dalam masyarakat juga tidak akan diharamkan.

Peraturan ini akan meliputi iklan di akhbar, majalah, di televisyen, di pawagam, di risalah dan di internet. Ia juga turut tertakluk untuk iklan ulasan(review) oleh selebriti yang dibayar pada perkhidmatan sosial seperti Instagram.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker