AntarabangsaIsu Semasa

Turki Paling Banyak Memenjarakan Wartawan

Walaupun pemimpin Turki menyeru siasatan antarabangsa dilakukan terhadap pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan (CPJ) mendapati kerajaan Turki adalah negara yang paling banyak memenjarakan wartawan untuk tiga berturut-turut, menurut laporan yang baru dikeluarkan.

Menurut Annual Prison Census, pengawas kebebasan akhbar, pada 1 Disember, 251 wartawan kini berada di penjara di seluruh dunia atas dakwaan berkaitan dengan kerja mereka – 68 di Turki, 47 di China dan 25 di Mesir.

“Turki benar-benar mengawal akhbar bebas dengan menyamakan kewartawanan dengan keganasan,” kata Courtney Radsch, pengarah advokasi Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan, kepada ABC News.

Kematian Khashoggi telah mendorong Time magazine untuk menamakannya bersama wartawan lain yang telah didakwa sebagai “Person of the Year”, walaupun Amerika juga banyak menindas wartawan mereka sendiri.

CPJ menemui sekurang-kurangnya tujuh wartawan dipenjarakan di Amerika pada Disember 2017, dan jumlah itu meningkat kepada 16 hanya setahun kemudian, termasuk empat wartawan perempuan yang membangkitkan isu-isu hak wanita di Amerika.

Dengan kepopularan Donald Trump dan istilah “berita palsu” untuk menafikan liputan kritikal tentang pentadbirannya, CPJ mencatatkan peningkatan yang signifikan dalam jumlah wartawan yang menghadapi dakwaan “berita palsu” di seluruh dunia sejak Trump menjadi presiden.

Pada tahun 2016, hanya sembilan wartawan di seluruh dunia didakwa atas istilah “berita palsu”. Selepas pilihan raya Trump, angka itu naik kepada 21 pada 2017. Dan ia meningkat semula kepada 28 pada 2018.

Sumber: ABC News

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button