Sukan

Ramai Tersentuh Melihat Klip Sorakan Dari Peminat Cacat Penglihatan Liverpool Ini

Semasa perlawanan bola sepak di antara Liverpool dan Napoli 12 Disember lalu, selain daripada gol daripada pemain asal Mesir, Mo Salah yang menggegar stadium, sepasang sepupu telah menarik perhatian netizen.

Sebuah klip menunjukkan seorang jejaka bersorak gembira bersama sepupunya walaupun kelihatan kebingungan di wajahnya sehingga sepupunya memberitahu siapa yang menjaringkan gol untuk pasukan kegemarannya.

Mile Kearney, 26 tahun yang merupakan peminat Liverpool telah menarik lebih 3.7 juta tontonan di twitter di mana beliau yang mengalami masalah penglihatan dan telah mendaftarkan diri sebagai buta pada usia tujuh tahun bersorak gembira apabila Mo Salah menjaringkan gol untuk pasukan The Reds.

“Saya hanya seperti peminat bola yang lain. Tidak mengapa saya tidak dapat melihat dengan jelas, saya tetap akan bersorak,” katanya kepada BBC Sport. “Ia satu kelegaan kita telah menjaringkan gol.”

Mike mengaku bahawa dia terkejut dengan kadar tontonan ke atas video yang telah dirakam oleh jurukamera stadium, dan kerana ia melibatkan Mo Salah, peminat dan media di Mesir juga telah menghubunginya untuk pertanyaan lanjut.

“Ia sangat kabur,” kata Mike mengingati pengalaman di stadium Anfield pada perlawanan tersebut.

“Jika ia dekat dengan tempat duduknya saya masih boleh lihat tetapi apabila bola itu jauh ia sukar untuk mengagak apa yang terjadi tetapi dengan bunyi sorakan, saya dapat agak apa yang sudah terjadi.”

Sebelum ini Mike sering menggunakan perkhidmatan komen untuk peminat yang buta atau kurang penglihatan tetapi kini dia lebih gemar untuk merasai suasana di stadium Anfield.

“Saya suka berada di dalam suasana stadium dan mendengar pandangan sepupu saya atau sesiapa sahaja yang mungkin berada di tempat duduk di belakang tidak kira sama ada ia komen baik mahupun tidak.”

“Jika sepupu saya tidak berada dengan saya, saya akan pergi bersama rakan-rakan yang lain. Ia normal bagi kami. Oleh itu saya rasa pelik dengan reaksi orang ramai terhadap saya. Ianya baik, tetapi terasa janggal!,” katanya kepada BBC

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker