Isu SemasaPolitikTempatan

Patut Tak Undang-Undang “Anti Lompat Parti” Diwujudkan?

Baru-baru ini, Senator Datuk Lee Tian Sing mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan undang-undang khusus anti lompat parti demi memastikan kesetiaan dan integriti wakil-wakil rakyat.

Beliau berkata, ini merupakan perkara penting memandangkan sejak kebelakangan ini, ramai wakil rakyat telah keluar dari parti mereka dan berhijrah ke parti-parti lain, dan ini ternyata mengecewakan rakyat yang telah mengundi mereka.

“Rakyat mengundi untuk menyokong parti, bukan sahaja calon, jadi jika terdapat wakil rakyat yang berhijrah ke parti politik lain, mereka telah mengkhianati mandat yang diberikan (kepada mereka) oleh rakyat,” katanya di Dewan Negara.

Ujar Lee, tindakan melompat parti mungkin boleh dikaitkan dengan kebebasan berorganisasi, tetapi ia secara jelas betentangan dengan prinsip demokrasi negara dan malah, boleh menggulingkan sesebuah kerajaan yang dilantik secara demokratik.

“Sekiranya seseorang calon bertanding sebagai Calon Bebas dalam sesebuah pilihan raya, dia boleh menyertai mana-mana parti politik sekiranya menang memandangkan rakyat telah mengundinya kerana personalitinya.

“Namun jika seseorang calon diberi mandat oleh parti untuk bertanding, dia terikat kepada parti dan tidak boleh berhenti dengan sesuka hati.

“Jika wakil rakyat yang telah menang bertegas untuk meninggalkan parti mereka, kemenangan mereka juga patut dibatalkan dan pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan kemudian,” tegas beliau.

Jelas Lee, wakil rakyat yang berbeza pandangan boleh meluahkan bantahan mereka dalam isu-isu ketika persidangan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), dan tidak perlu keluar daripada parti mereka.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa peruntukan bagi wakil rakyat juga perlu diagihkan secara adil dan bukan seperti yang dilakukan pada hari ini.

Tambahnya lagi, wakil rakyat dipilih oleh rakyat yang berhak menerima manfaat daripada peruntukan-peruntukan berkenaan.

 

Sumber: The Sun Daily – Bernama

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker