SukanTeknologi

GAX Evolution 2018 Akan Berlangsung 15 & 16 Disember Ini!

Kepada gamers diluar sana, GAX Evolution 2018 akan berlangsung hujung minggu ini!

Ia merupakan lanjutan acara GAX 2018 anjuran The GamePlan dan Genysis yang telah berlangsung pada Jun lalu yang telah mendapat sambutan peminat ACG (anime, comic, game).

Acara 2 hari ini diadakan bersempena WESG (World Electronic Sports Games) Asia Tenggara dan mempertandingkan beberapa pertandingan esports antaranya Mobile Legends: Bang Bang, Pro Evolution Soccer 2019 (PES 2019), Street Fighters V, dan Tekken 7.

Bagi yang handal bermain Mobile Legends, kejohanan ini dibuka kepada semua (terhad kepada 64 pasukan) dan berpeluang memenangi hadiah terkumpul berjumlah RM10,000.

FG Series Mobile Legends turut menjemput pasukan-pasukan terkenal Mobile Legends seperti Team Icon, Bosskur, Mystic Burden dan Honor MYA.

Klik di sini untuk INFO / DAFTAR

Kepada kaki bola pula, anda boleh sertai kejohanan FG Series PES 2019 dengan hadiah terkumpul sebanyak wang tunai RM7,000 dan juara akan membawa pulang RM1,500.

Klik di sini untuk INFO / DAFTAR

FG Series Street Fighters V juga akan diadakan dan terbuka kepada orang ramai dengan slot sebanyak 32.

Klik di sini untuk INFO / DAFTAR

GAX Evolution 2018 juga akan mengadakan AOC Cup 2018 Road to EVO Japan / Tekken Battle Arena di mana juara keseluruhan berpeluang untuk bertanding di Jepun untuk pertandingan ini.

Klik di sini untuk DAFTAR

Jadi kepada gamers di luar sana yang sudah mengasah skill anda, datanglah ke Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Disember ini. Mungkin andalah juaranya!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker