Bisnes & EkonomiTeknologi

Buat Duit Dengan Hanya Menonton Iklan!

Percaya atau tidak anda kini boleh membuat duit dengan hanya menonton iklan? MT Digital Tech telah mengumumkan pelancaran untuk aplikasi Okane versi 1.0, platform untuk menjana pendapatan percuma apabila penonton atau pengguna menonton iklan dalam bentuk video.

Okane akan menjadi insentif untuk vendor mengiklankan video pemasaran mereka, dan juga memberikan pengguna pendapatan pasif yang akan membantu mereka meningkatkan pendapatan kewangan mereka.

Dengan Okane Apps 1.0, pengguna Okane akan mendapat wang hanya dengan menonton video yang disediakan oleh vendor yang ingin memasarkan dan menyebarkan perniagaan mereka.

Untuk layak mendapat mata Okane, pengguna mesti menonton (dan tidak boleh melangkau) video iklan yang berdurasi antara 10-30 saat.

Jika pengguna ingin menukar mata Okane terkumpul mereka ke dalam mata wang sebenar, mereka perlu mendapatkan 500,000 mata Okane (bersamaan dengan RM50) dan ke atas, tetapi mereka masih boleh menukar jika mereka mempunyai kurang daripada 500,000 mata Okane dengan membayar yuran transaksi.

Memetik laporan New Straits Times, Pengurus MT Digital Tech, Wan Rahmani Zarif berkata syarikat itu mahu membantu orang ramai menjana pendapatan sampingan.

“Dengan pendapatan pasif dari aplikasi Okane ini, kami berharap pengguna dapat memperoleh sedikit wang,” katanya, sambil menambah pengguna boleh mendaftar secara percuma untuk menggunakan aplikasi terbabit.

“Sementara itu, kami juga menyediakan platform pemasaran untuk vendor yang ingin mengiklankan perniagaan mereka di seluruh negara dengan aplikasi Okane,” katanya.

Pada masa ini, terdapat harga promosi bayaran sebanyak RM500 untuk 30,000 penonton. Walau bagaimanapun, apabila penonton vendor mencapai 30,000 tontonan, ia perlu memperbaharui pelan pemasaran untuk slot penonton lain.

“Pada masa akan datang, kami akan menyediakan pengguna dan vendor ciri baru yang boleh memberi manfaat kepada mereka dari segi pembangunan, kewangan, dan lain-lain melalui aplikasi Okane.

“Kami juga merancang untuk memasuki Apple App Store dan Google Play antara Januari dan Februari tahun depan untuk menjadikannya lebih mudah bagi pengguna menggunakan platform Okane,” kata Wan Rahmani.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker