Gaya HidupKesihatan

Adakah Saiz Alat Sulit Wanita Penting?

Persoalan tentang saiz alat sulit lebih sering beredar di kalangan lelaki berbanding perempuan. Namun pernahkah terlintas di fikiran wanita tentang adakah saiz alat sulitnya berubah dan adakah ia memberi kesan?

Kemungkinan besar persoalan ini berlegar di fikiran wanita terutamanya setelah mereka melahirkan anak.

Untuk menjawab persoalan ini, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar – pakar sakit puan dan obstetrik membincangkannya di dalam akhbar TheStar.

Menurut beliau, alat sulit wanita adalah seperti perut kita yang boleh mengembang untuk menerima makanan dan mengecut apabila tiada.

Apakah sebenarnya vagina?

Vagina sering digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan alat sulit wanita tetapi sebenarnya ia hanyalah sebahagian daripadanya. 

Untuk pengetahuan anda, bahagian luar alat sulit wanita yang lebih dikenali sebagai vulva terdiri daripada klitoris dan labia. Manakala labia pula boleh dibahagikan kepada labia minora dan labia majora. Vagina pula sebenarnya hanyalah saluran yang menghubungkan uterus melalui serviks dan vulva.

Vagina memainkan peranan penting apabila seseorang wanita hendak melahirkan anak dan juga hubungan seksual. Saiz saluran ini pula berbeza pada setiap wanita tetapi boleh melebar sama ada untuk menempatkan tampon ataupun melahirkan anak.

Vagina ini sangat elastik dan mempunyai dinding seperti perut manusia.

Kaitan saiz vagina dengan kepuasan seksual

Seorang pengkaji di tahun 1960an pernah melakukan kajian terhadap ukuran vagina di kalangan 100 wanita yang terdiri daripada yang belum pernah mengandung.

Mereka mendapati vagina wanita belum dirangsang adalah di antara 2.75 inci sehingga 3 1/4 inci. Manakala jika wanita terangsang ia meningkat sehingga 4.75 inci.

Namun adakah saiz vagina berkait dengan kepuasan seksual? Tidak ada sesiapapun yang tahu pasti jawapannya.

Oleh sebab ini juga melainkan pada pengalaman pertama, kebanyakan wanita tidak akan mengalami kesakitan apabila melakukan hubungan seks walaupun saiz alat sulit pasangannya lebih besar dari biasa.

Jika kesakitan tetap berlaku, menurut Dr Nor Ashikin ia adalah disebabkan oleh kekurangan ‘foreplay’. Oleh itu ia adalah sesuatu yang seharusnya setiap pasangan tidak tinggal kerana ia membantu dalam melancarkan hubungan intim dan mengembangkan saluran vagina wanita.

Masalah wanita setelah melahirkan anak

Walau bagaimanapun terdapat juga masalah wanita yang mengalami masalah ‘prolaps’. Sering kali perkara ini terjadi setelah seseorang melahirkan anak di mana organ seperti uterus dan pundi kencing tidak berada di posisi yang sepatutnya.

Perkara ini terjadi kerana otot pelvis mereka telah melemah dan wanita tersebut akan mengalami isu seperti tidak dapat tahan kencing.

Namun perkara ini boleh diatasi dengan bantuan daripada pakar dan juga latihan kegel.

Mengatasi masalah otot vagina setelah melahirkan anak

Seperti melakukan latihan otot, latihan kegel ini juga perlu mengambil masa dan cara yang betul. Antara caranya ialah dengan memasukkan jari bersih di dalam saluran vagina dan kemut untuk mengetahui sama ada anda melakukannya dengan betul atau tidak.

Salah satu cara lain untuk mengetahui sama ada melakukan latihan kegel ini ialah dengan menahan kencing separuh jalan. Tetapi cara ini adalah hanya untuk mengetahui jika anda sedang melakukannya dengan betul dan bukannya sebagai latihan berpanjangan kerana ia akan menyebabkan isu saluran kencing pula jika sering dilakukan.

Bagi wanita yang mengalami vagina kering, terdapat rawatan laser bagi memulihkan keadaan tersebut. Menurut Dr Not Ashikin, terdapat juga rawatan Botox tetapi semua perkara ini perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk mengetahui apakah rawatan terbaik.

Namun hujung pangkalnya ialah komunikasi di antara pasangan adalah lebih penting untuk memenuhi keinginan masing-masing dan bukannya saiz alat sulit seseorang.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker