Isu SemasaTempatan

Apa Status Terkini Pulau Kukup?

Status Pulau Kukup sebagai tanah kesultanan akan memastikan pulau itu dilindungi dan pembangunan dapat dielakkan, kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Putera mahkota Johor mendakwa ini akan menghalang pembangunan di kawasan seperti ini dengan mengelakkan perkara-perkara seperti pembatalan pewartaan tanah rizab yang telah banyak berlaku di Malaysia.

TMJ menambah bahawa ini adalah salah satu sebab mengapa Raja Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar membuat keputusan untuk menjadikan Pulau Kukup sebagai Tanah Kesultanan.

“Sudah pati anda telah mendengar tentang pembatalan pewartaan tanah dan hutan rizab hanya untuk membina lebuh raya dan membangunkankan kawasan bandar. Kami memerlukan tindakan tegas untuk mengelakkan perkara-perkara ini daripada berlaku di Johor,” katanya pada laman Facebooknya pada Selasa (11 Disember).

Tunku Ismail berkata Taman Laut Sultan Iskandar di Mersing menjadi tapak penting bagi perlindungan ekosistem dan biodiversiti selepas ia diwartakan.

“Jadi, jangan jadikan Pulau Kukup sebagai isu untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan persekutuan. Saya juga berharap kerajaan persekutuan akan menyelidik isu terlebih dahulu sebelum membuat andaian yang salah,” katanya.

TMJ memaklumkan sudah membaca kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai status Pulau Kukup yang akan kekal sebagai taman negara walaupun kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa pulau ini masih akan diuruskan sebagai Taman Negara Johor walaupun secara sah ia telah menjadi tanah Kesultanan.

Pada hari Jumaat (7 Disember), Kabinet memutuskan bahawa status Pulau Kukup harus kekal sebagai taman negara. Bagaimanapun, Tunku Ismail berkata pada hari Ahad (9 Dis) bahawa “orang luar tidak boleh campur tangan dalam perkara yang berkaitan dengan Johor”.

Putera Mahkota menegaskan bahawa hanya pemerintah Johor mempunyai bidang kuasa untuk meminda perlembagaan negeri.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian berkata, “Rakyat Malaysia bukan orang luar. Kerajaan Persekutuan bukanlah orang luar. Kami bertanggungjawab untuk semua perkara di negara ini.”

“Itulah pendirian kerajaan persekutuan. Saya harap Johor akan terima. Pulau Kukup tidak boleh dibangunkan. Ia sepatutnya kekal sebagai rizab hutan terutamanya kerana ia merupakan hutan bakau khas.

Pulau Kukup terletak di luar pantai Pontian di selatan Johor, dan menjadi taman negara sejak tahun 1997. Walau bagaimanapun, berita bertarikh 25 Okt telah menjadi tular apabila pihak berkuasa negeri akan membatalkan seluruh kawasan itu sebagai taman negara di bawah subseksyen 3 (3) Enakmen Alam Sekitar Taman Negara (Johor) 1989.

Selepas menimbulkan perdebatan, pada hari Rabu (5 Dis), Tunku Ismail mengumumkan bahawa Pulau Kukup akan menjadi tanah Kesultanan selepas kerajaan negeri Johor menggugurkan statusnya sebagai taman negara.

TMJ juga berkata bahawa Pulau Kukup masih akan menjadi taman nasional secara praktikal walaupun kini berada di bawah tanah Kesultanan.

Show More

Related Articles

Back to top button