AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Pilihan Raya Umum Thailand Sah 24 Februari 2019

Setelah beberapa kali ditangguhkan, Pilihan Raya Umum Thailand akhirnya disahkan akan berlangsung pada 24 Februari 2019.

Bukan itu sahaja, malah kerajaan pimpinan tentera (Junta) itu juga telah menarik balik larangan melaksanakan aktiviti-aktiviti politik yang mula dikuatkuasakan sejak mereka menggulingkan kerajaan lama dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun 2014.

Difahamkan, Junta telah mula melonggarkan larangan itu pada bulan September apabila ia membenarkan parti-parti politik melakukan persiapan untuk pilihan raya.

Dalam perintah yang diterbitkan di atas talian oleh Royal Gazette pada hari ini, kerajaan menegaskan keperluan untuk membenarkan orang awam serta parti-parti politik berkempen secara bebas bagi pilihan raya yang akan datang ini.

“Rakyat dan parti-parti politik boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik semasa tempoh ini sehingga pilihan raya selaras dengan perlembagaan,” kata Junta dalam satu kenyataan.

Perintah tersebut ditandatangani oleh pengerusi Junta dan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha.

Dokumen berkenaan turut memansuhkan beberapa perintah yang dikuatkuasakan oleh Prayut ketika penggulingan kuasa pada 2014, termasuk larangan membuat perhimpunan politik dan aktiviti kewangan bagi tujuan politik.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya, Nat Laosisawakul memaklumkan bahawa:

“Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 24 Februari 2019 sebagai hari Pilihan Raya.”

Dalam pilihan raya kali ini, rata-rata rakyat berharap agar negara itu akan diperintah oleh kerajaan berdemokrasi.

Namun sebelum ini, kerajaan pimpinan tentera dilihat sengaja melewat-lewatkannya pilihan raya, dan ia sekali gus mencetuskan kemarahan rakyat yang mahu demokrasi dikembalikan semula.

Sumber: Reuters
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker