Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Kepentingan Merancang Kehamilan & ChatBot Untuk Anda Tanya Soalan

Sebuah data yang diterbitkan pada tahun 2014 menunjukkan 40% kehamilan di dunia yang bersamaan dengan 85 juta orang adalah tidak disengajakan.

Menurut pakar sakit puan dan obstetrik Dr John Teo, ini bermakna empat daripada sepuluh kehamilan adalah tidak dirancang.

“Apa yang lebih tragis ialah 50% daripadanya diakhiri dengan pengguguran dan perkara ini berlaku dimana-mana termasuk Malaysia,” katanya kepada TheStar

Walaupun tidak ada data secara rasmi yang dikeluarkan oleh Malaysia tetapi menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Malaya yang diterbirkan di Pacific Journal of Public Health berkata dianggarkan pada tahun 2011 kes pengguguran di Malaysia adalah pada kadar 14%. Ini bersamaan dengan 90,000 kes setahun.

Di Malaysia, pengguguran adalah tidak dibenarkan oleh undang-undang kecuali apabila dalam tiga keadaan ini:-

1. Untuk menyelamatkan nyawa si ibu
2. Untuk kebaikan kesihatan fizikal si ibu
3. Untuk menjaga kesihatan mental si ibu

Ketiga-tiga perkara ini memberi kesan yang mendalam ke atas kesihatan seseorang wanita. Oleh sebab itu juga 13% kehamilan tidak dirancang akan mengakibat keguguran.

Masalah Yang Timbul Akibat Kehamilan Tidak Terancang

Masalah yang sering timbul apabila kehamilan tidak terancang berlaku ialah apabila si ibu tidak mendapatkan pemeriksaan, tidak mempunyai persediaan lengkap dan tidak berjumpa doktor pada kekerapan yang ditetapkan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 830 wanita mati setiap hari kerana masalah kelahiran atau kehamilan yang sebenarnya boleh dielak dan 99% daripadanya terjadi di negara yang sedang membangun.

Laporan yang dikeluarkan oleh Dr. Teo berkata 83% daripada 89 juta kehamilan tidak dirancang pada 2017 adalah kerana kurangnya medium pencegahan hamil moden.

Menurut statistik terkini Kajian Penduduk Dan Keluarga Malaysia (KPKM), 52.2% wanita berkahwin di antara umur 15-49 tahun (umur subur wanita) merancang keluarga mereka.

Namun hanya 34% menggunakan kaedah moden untuk mencegah kehamilan. Ini bermakna hanya tiga daripada 10 wanita menggunakannya.

Seks Di Bawah Umur Perlu Dicegah

Apa yang lebih merisaukan ialah seks dikalangan orang belum berkahwin turut menunjukkan 35.1% tidak menggunakan alat pencegah kehamilan.

Dr. Teo percaya pendidikan seksual di peringkat sekolah perlu dilakukan walaupun ramai orang berkata ia tidak akan menyekat para remaja untuk melakukannya tetapi menurut Dr. Teo setidaknya ia akan melambatkan proses mereka untuk melakukan seks tanpa perancangan kerana mereka tahu perkara negatif yang akan berlaku akibatnya seperti penyakit HIV.

ChatBot Untuk Tanya Soalan Tentang Alat Pencegahan Kehamilan Tanpa Rasa Malu

Inisiatif terbaharu yang dilakukan oleh Bayer Malaysia dengan kerjasama bersama FRHAM dan Persatuan Farmaseutikal Malaysia Jilid Ahli Farmasi Muda (MPS-YPC) ialah dengan membina sebuah ChatBot untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perancangan keluarga.

ChatBot yang dipanggil Ask Maya ini membolehkan sesiapa untuk bertanyakan soalan dalam keadaan ‘private’ (tidak diketahui siapa) dan tanpa perasaan akan dinilai. 

Anda boleh berinteraksi dengan ChatBot ini tentang pil pencegahan kehamilan termasuk langkah yang perlu dilakukan jika tertinggal hari makan pil tersebut sehinggalah kepada kesan jangka masa panjang jika memakan pil itu.

‘Ask Maya’ boleh diakses melalui laman web ‘How U Know’ yang turut mempromosikan kaedah kontraseptif bagi membantu wanita dan lelaki untuk membuat keputusan yang tepat dan mempunyai informasi kesihatan seksual dan reproduktif.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker