Sukan

Undi Syahmi Safari Bagi Mengubat Sakit Hati Tidak Dapat Tiket Final Piala AFF

Persaingan Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam hangat sehingga undian untuk penjaring gol tercantik di laman affsuzukicup juga bersaing secara sengit di antara kedua-dua pasukan.

Terdapat empat calon penjaring gol tercantik iaitu Patrick Reichelt (Filipina), Thitipan Puangchan (Thailand), Nguyen Quang Hai (Vietnam) dan pemain pertahanan kanan negara iaitu Syahmi Safari.

Ketika ini Syahmi mengungguli carta undian dengan 50.23% tetapi undian dari Vietnam tidak jauh ketinggalan dengan 49.52%.

Para peminat masih boleh meningkatkan undian Syahmi ini dengan klik pautan di sini.

Sistem Beli Tiket Di Al-Ikhsan Lebih Baik Dari Di Stadium Nasional

Ramai dari peminat bola sepak tanah air kecewa kerana tidak dapat membeli tiket bagi menyaksikan secara live perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Lebih 15,000 penyokong hadir di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam bagi membeli baki 32,000 tiket yang ditawarkan. Malah ada sebahagian besar bermalam sejak malam sebelumnya dan ramai yang pulang hampa biarpun sudah berjam-jam beratur.

UtusanOnline melakukan pemantauan dan mendapati sistem penjualan tiket di stadium yang tiada penghadang besi dan terlalu banyak barisan menyebabkan kekecohan berlaku.

Lebih menyakitkan hati, ada penyokong berani menjual semula tiket sebaik sahaja dapat membelinya berhampiran kaunter pada harga RM100, dan ‘perniagaan’ tersebut mendapat sambutan.

Sementara itu, sistem penjualan tiket di rangkaian sukan Al-Ikhsan cawangan IOI City Mall dilihat lancar apabila mereka memperkenalkan sistem kupon bernombor.

Biarpun jumlah jualan tidak setinggi di Bukit Jalil iaitu 1,000 keping, namun cara mereka mengeluarkan nombor tidak memerlukan peminat menunggu lama.

Peminat terus membeli sebaik sahaja nombor giliran ­dipanggil, dan bagi yang gagal mendapatkan nombor mereka boleh pulang lebih awal tanpa perlu terus beratur.

AirAsia Tawar Penerbangan Khas Bagi Peminat Bola Ke Hanoi

Walau bagaimanapun, jika anda yang mempunyai duit lebih boleh menantikan tawaran AirAsia untuk penerbangan khas ke Hanoi Sabtu depan.

Namun, jumlah pesawat yang bakal disediakan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa lapangan terbang Hanoi dan prestasi pasukan negara dalam perlawanan esok.

“Kita akan menggunakan pesawat yang lebih besar jika diberi kelulusan di samping akan turut menambah bilangan pesawat.

“Buat masa ini kita tidak pasti lagi jumlahnya tetapi penting untuk kita lihat bagaimana persembahan skuad negara pada lusa dan jika prestasi mereka cemerlang sudah pasti ramai penyokong mahu bertandang ke Hanoi,” katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close