SukanTeknologi

TMJ Berharap Liga Super Malaysia Untuk Beraksi di Dalam FIFA 20

Laman komuniti permainan FIFA, FIFPlay telah mengadakan undian online untuk menentukan liga manakah yang bakal disertakan di dalam FIFA 20 yang bakal dikeluarkan tahun hadapan.

November lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris menggesa peminat FIFA Malaysia untuk melakukan undi bagi menyertakan Liga Super Malaysia dapat beraksi di dalam permainan itu nanti.

TMJ menjelaskan beliau adalah peminat permainan FIFA sejak edisi pertama pada 1994 dan mahukan LSM dapat beraksi di dalam FIFA yang seterusnya.

Setakat ini, undian bagi menyertakan LSM ke dalam FIFA 20 mendapat undian tertinggi namun dikejar rapat liga dari Indonesia.

Keputusan undian pada 10 Disember 2018

Anda boleh mendapatkan info terkini undian tersebut di sini: KLIK SINI

Walaupun bagaimanapun, keputusan terakhir undian tidak menjanjikan tempat LSM untuk berada di dalam FIFA 20. Keputusan ini akan diserahkan kepada pihak EA Sport untuk membuat keputusan akhir.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button