AntarabangsaIsu SemasaTempatan

PDRM Gagalkan Plot Serangan Pengganas

Pada Isnin, 10 Disember 2018, Polis Diraja Malaysia (PRDM) menyatakan bahawa ia telah berjaya menggagalkan plot serangan pengganas dengan menahan enam lelaki dan seorang wanita yang disyaki mempunyai kaitan dengan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua suspek yang terdiri daripada lima rakyat Malaysia dan dua warga Filipina itu telah ditahan di Kelantan, Sabah, Selangor, dan Kedah oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman.

Mereka yang ditahan termasuk seorang penjual madu di Kelantan, jurutera minyak dan gas di Kajang, Selangor, serta tiga individu di Sabah yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf.

Menurut Fuzi, seorang lelaki yang bekerja di sebuah sekolah memandu di Kelantan juga didakwa telah menerima arahan daripada militan IS untuk menyerang golongan bukan Islam dan tempat-tempat ibadat mereka.

“Mereka ditahan dalam pelbagai siri operasi yang dilaksanakan dari 19 November sehingga 28 November. Kita mengambil tindakan secara aktif terhadap elemen-elemen pengganas yang disyaki,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Ujar Fuzi, tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 28 tahun di Kelantan pada 19 November.

“Lelaki itu, yang menjual madu, menerima arahan daripada ketua militan Akel Zainal. Dia diarahkan untuk melancarkan serangan di Malaysia,” tambahnya lagi.

Akel merupakan ketua utama militan warga Malaysia yang merekrut orang ramai, khususnya golongan muda untuk menyertai perjuangan IS di Syria.

Dalam tangkapan seterusnya, seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun ditahan pada 20 Januari di Kajang, Selangor.

Dia bekerja sebagai jurutera minyak dan gas dan telah menyalurkan dana bernilai RM14,000 kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi pada tahun 2016 dan 2017, yang bertujuan untuk membiayai operasi keganasan.

Muhammad Wanndy adalah anggota militan IS warga Malaysia, yang dilaporkan terbunuh di Syira pada bulan April 2017, dan ‘peranannya’ sebagai pengrekrut utama diambil alih oleh Akel.

 

Kemudian, polis juga menahan suspek warga Filipina berusia 45 tahun yang merupakan anggota Abu Sayyaf di Tawau, Sabah, pada 21 November.

“Kami mempercayai bahawa dia terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga insiden menculik untuk wang tebusan di selatan Filipina dan Sabah,” katanya.

Bukan itu sahaja, malah jelas Fuzi, suspek berkenaan juga dikehendaki pihak berkuasa kerana pelbagai jenayah yang telah dilakukan di  Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

 

Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang bekerja di sebuah sekolah memandu di Kota Bharu, Kelantan adalah suspek seterusnya yang turut ditahan pada 21 November.

Pada hari seterusnya (22 November), lelaki berusia 26 tahun, iaitu seorang pemandu van kilang di Bedong, Kedah telah ditahan polis.

“Kami mempercayai bahawa dia telah memberi dana kepada Jemaah Ansharut Dauliah, kumpulan pro IS di Indonesia.

“Kumpulan ini bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas balai polis di Jawa Tengah pada April 2017,” kata Fuzi.

Tangkapan terakhir pula dilakukan di Tenom, Sabah, pada 28 November, yang membabitkan pasangan suami isteri.

Ketua Polis Negara berkata, mereka dipercayai mempunyai maklumat mengenai anggota-anggota kumpulan Abu Sayyaf di Sabah.

 

 

Sumber: The Star/Asia News Network

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker