Isu SemasaTempatan

Kerajaan Mahu Selesaikan Kes ‘Bin Abdullah’ Di Luar Mahkamah

Kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian selain daripada prosiding mahkamah berhubung isu nama bapa “bin Abdullah” ke atas kanak-kanak beragama Islam yang lahir di luar nikah.

Berikutan itu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Ahmad Maarop telah membenarkan permohonan kerajaan yang meminta mahkamah menangguhkan keputusannya dalam rayuan yang dibawa oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ketua Pengarahnya dan Kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Bulan Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa kanak-kanak beragama Islam yang lahir bukan dari perikatan perkahwinan yang sah boleh berbin atau berbintikan bapanya, selain daripada “bin Abdullah” atau “binti Abdullah.”

Menurut Maarop, walaupun mahkamah sudah bersedia menyampaikan keputusannya, ia akan membenarkan permohonan kerajaan untuk menangguhnya selepas mempertimbang hujahan daripada semua pihak.

“Kami mengarahkan perkara ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Dua lagi hakim dalam panel berkenaan adalah Aziah Ali dan Balia Yusof Wahi.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh yang mewakili JPN, Ketua Pengarahnya, dan pihak kerajaan telah memaklumkan mahkamah bahawa beliau mahu memohon penangguhan memandangkan perkara ini adalah isu yang amat sensitif dan mempunyai implikasi yang besar.

“Saya dinasihatkan oleh Pejabat Peguam Negara bahawa cabang Eksekutif dan Legislatif merasakan bahawa mereka perlu menangani perkara itu secara berhati-hati dan mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak berkaitan.

“Oleh kerana perkara ini amat serius, saya diarahkan untuk memaklumkan bahawa Eksekutif dan Legislatif akan memulakan usaha bagi mencari penyelesaian terhadap persoalan itu bermula hari ini (Khamis, 22 November lalu),” katanya.

 

Sementara itu, Peguam, Lawyer K. Shanmuga yang mewakili pasangan Muslim yang mahu membuang nama “bin Abdullah” daripada sijil kelahiran anak lelaki mereka, turut menyokong permohonan kerajaan untuk penangguhan keputusan kes.

Walau bagaimanapun, Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), membantah permohonan yang dilakukan oleh kerajaan itu.

Ujar beliau, ia adalah jelas bahawa perkara itu membabitkan undang-undang Islam yang tidak boleh diubah, dan ia tidak boleh diselesaikan melalui cara pihak Eksekutif atau Legislatif.

Kes ini membabitkan seorang kanak-kanak yang dilahirkan enam bulan selepas perkahwinan ibu bapanya, di mana ia merupakan anak tidak sah taraf di bawah undang-undang Syariah.

Kelahiran kanak-kanak itu didaftarkan dua tahun kemudian pada 2011 di bawah Seksyen 12 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957.

Ibu bapanya kemudian memohon NRD di bawah Seksyen 13 BDRA untuk meletakkan nama sebenar bapa pada sijil kelahiran kanak-kanak itu. Namun, dokumen tersebut sebaliknya tertulis nama “bin Abdullah.”

Selepas itu, pasangan berkenaan memohon untuk membetulkan nama bapa kanak-kanak itu daripada “Abdullah” kepada nama sebenar bapanya, namun permohonan itu ditolak.

Pada 3 September 2015, pasangan itu, telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi.

Mereka kalah di dalam kes itu di Mahkamah Tinggi, namun keputusan itu dibatalkan di Mahkamah Rayuan pada tahun lepas.

 

 

 

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker