TeknologiTempatan

Saintis Malaysia Cipta Teknologi Untuk Hantar Bau Secara Digital?

Teknologi ‘bau secara digital’ bermakna pengguna dapat menghantar semua jenis bau menerusi sistem pemesejan atau aplikasi dating.

Para penyelidik Malaysia mendakwa telah mencipta wangian elektrik, berbau kayu dan mint dengan meletakkan elektrod di dalam lubang hidung peserta.

Elektrod tersebut merangsang arus elektrik di belakang lubang hidung yang seterusnya menggalakkan neuron untuk memberi signal kepada otak bagi mengenal pasti pelbagai bau, kata para saintis.

‘Ia adalah sebahagian daripada keseluruhan realiti maya’, kata penyelidik utama Adrian Cheok yang merupakan pengarah Institut Imagineering di Malaysia kepada NBC.

‘Jadi, sebagai contoh, anda boleh makan malam di alam maya dengan rakan anda melalui internet. Anda boleh melihat mereka secara 3D dan juga berkongsi segelas wain bersama-sama,’ katanya.

Penyelidik mencipta sepuluh bau berbeza untuk 31 peserta yang terlibat dalam penyelidikan.

Dr Cheok percaya bahawa satu hari nanti bau dapat dihantar dalam bentuk digital melalui internet – walaupun beliau mengatakan bahawa ia mungkin lama lagi untuk teknologi tersebut digunakan oleh orang ramai.

Penerima boleh menghidu bau dengan memakai cermin mata yang mempunyai elektrod di dalamnya.

‘Tahap seterusnya adalah untuk menghasilkan cermin mata itu dengan cara yang lebih terkawal, dan ini akan membolehkan orang ramai untuk membangunkan perisian dan produk untuk menghasilkan bau elektrik’, kata Dr Cheok.

Beliau percaya ia juga boleh memulihkan individu yang hilang deria bau kepada orang yang hilangnya disebabkan penyakit atau kemalangan.

Walau bagaimanapun, terdapat pengkritik yang meragui kajian tersebut.

Joel Mainland, seorang neurosaintis di Monell Chemical Senses Centre memberitahu NBC bahawa walaupun dapat mencipta bau menggunakan rangsangan elektrik, ia mungkin bukan apa yang berlaku di dalam kajian itu.

‘Jika anda bertanya kepada seseorang jika terdapat sesuatu bau, mereka mungkin condong untuk mengatakan ya walaupun tidak ada bau’, katanya.

Sumber: NBC

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker