Ibu dan AnakTips Kewangan

Ini Dia Cara Terbaik Untuk Mengajar Anak Tentang Pengurusan Kewangan Dari Umur 3 Tahun

Cara pengurusan kewangan adalah antara perkara yang penting dalam menguruskan kehidupan seseorang apatah lagi apabila sudah beranjak dewasa.

Sayang sekali pengurusan kewangan tidak dipelajari di sekolah walaupun sebenarnya ia patut dipupuk dari usia yang muda lagi.

Ini antara tips mengikut peringkat umur yang boleh diterapkan kepada anak anda:-

Umur 3 – 5 tahun

1. Bincangkan dengan mereka betapa pentingnya untuk belajar bagaimana mendapatkan sesuatu perkara yang diinginkan dengan usaha dan kesabaran.

2. Wujudkan tiga balang yang berlabel “Simpan” (untuk simpanan bagi barang yang mahal), “Belanja” (untuk belanja barang kecil) dan “Kongsi” (untuk diderma atau dikongsi bersama adik-beradik lain – jika ada). 

Setiap duit yang mereka terima sama ada duit raya atau duit yang mereka dapat hasil dari buat kerja rumah, pastikan mereka membahagikan duit mereka sama rata ke dalam ketiga-tiga balang tersebut.

3. Pastikan anak anda mempunyai matlamat tersendiri. Contohnya mereka mahu beli mainan, jika mainan tersebut mahal ibubapa boleh cuba mendidik anak dengan mengadakan sebuah program bagi memberi masa kepada mereka untuk mencapai matlamat tersebut.

Umur 6 – 10 tahun

1. Jelaskan kepada anak anda kenapa ia penting untuk membuat keputusan bijak. Galakkan mereka untuk membuat keputusan pembelian dan ibubapa jangan lupa untuk memantau aktiviti perbelanjaan dan penggunaan balang/tabung simpanan, belanja dan kongsi mereka. 

2. Beri anak anda RM10 jika ke pasarata dan minta mereka memilih barang yang mereka mahu dengan menggunakan wang tersebut. Ini memberi mereka peluang untuk membuat keputusan tepat dan berbaloi dengan apa yang mereka ada.

Bantu mereka memahami tentang konsep “keinginan” dan “keperluan”.

Umur 11 – 13 tahun

1. Pada usia ini, anda boleh menukarkan idea wang simpanan mereka daripada jangka masa pendek kepada jangka masa panjang.

2. Perkenalkan mereka kepada konsep faedah jika menyimpan wang. Pastikan anda menjelaskan kepada mereka menggunakan nombor yang spesifik dan mudah untuk difahami.

Contohnya jika adik simpan RM100 setiap tahun dari usia 14 tahun, adik akan ada RM23,000 pada usia 65 tahun tetapi jika adik mula pada usia 35 tahun, adik hanya akan dapat RM7,000 pada usia 65 tahun.

Umur 14 – 18 tahun

1. Mula berbincang tentang pembelajaran setelah tamat persekolahan dan bersama-sama melihat apakah yang perlu dilakukan dan berapa kos untuk memasuki institut pengajian tinggi tersebut. 

2. Walau bagaimanapun, jangan memadamkan semangat anak anda untuk menceburi bidang yang diinginkan kerana harga pembelajaran yang tinggi. Jelaskan kepada mereka berapa gaji mereka bakal peroleh setelah tamat pengajian dan ia merupakan sebuah pelaburan yang baik untuk masa hadapan mereka.

3. Bincang dengan mereka bagaimana anda sebagai ibubapa boleh membantu mereka semasa di institut pengajian tinggi. Berlaku jujur dengan mereka berapa banyak yang ibubapa mampu membiayai dan anda juga harus realistik tentang perkara ini.

4. Pastikan anda juga berbincang tentang biasiswa atau geran yang boleh anak anda mohon dan sekiranya perlu membuat pinjaman, berapa yang perlu anak anda tanggung kelak.

5. Beri galakkan kepada anak anda untuk bekerja separuh masa bagi membantu mereka mengenal erti mendapat wang dengan hasil titik peluh sendiri.

Umur 18 tahun ke atas

1. Tanamkan kepada anak anda bahawa penggunaan kredit kad hanya boleh digunakan sekiranaya mereka boleh membayarnya pada akhir bulan pada kadar penuh.

 

Show More

Related Articles

Back to top button