Sukan

Tiket Perlawanan Akhir Piala AFF Habis Dalam Masa Satu Jam Tetapi…

Tidak sampai satu jam tiket final pertama Piala AFF Suzuki di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan sudah habis dijual lapor UtusanOnline.

Begitu pun, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata penambahan tiket sebanyak 10,000 akan kembali dijual sebentar lagi.

“Atas tindakan www.tickethotline.com.my yang melakukan ujian sistemnya setengah jam lebih awal bagi jualan aksi final pertama, Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa depan yang sepatutnya bermula pukul 9 pagi tadi, 20,000 tiket telah pun habis terjual dalam masa sangat singkat sebentar tadi.

“Lantaran itu, FAM mengambil pendekatan menambah 10,000 tiket akan dibuka penjualannya secara online sebentar lagi, menjadikan hanya baki 10,000 keping akan dijual secara atas talian pada pukul 9 pagi esok sehingga habis kuota yang ditetapkan itu,” katanya yang dipetik daripada Facebook FAM di sini hari ini.

Baki 40,000 tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Ahad ini.

Malaysia akan berhadapan dengan pasukan Vietnam yang merupakan bekas juara 2008. 

Vietnam menempah pertemuan dengan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 apabila mudah melepasi saingan separuh akhir menerusi agregat 4-2 selepas menewaskan Filipina.

Perlawanan akhir itu dikatakan menjadi perlawanan yang dinantikan oleh peminat Harimau Malaya untuk membalas ‘dendam’ selepas tewas 0-2 kepada Vietnam di peringkat Kumpulan A sebelum ini.

 

Final pertama akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa ini, manakala aksi timbal balik di Hanoi pada Sabtu depan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker