Isu SemasaTempatan

PAS Dan UMNO Bekerjasama Bantah ICERD, Namun Satu Perkara Ini Tetap Tidak Akan Berlaku

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mungkin berganding bahu dalam membantah ICERD, namun kedua-dua parti ini tidak akan bergabung, menurut Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Beliau berkata, PAS dan UMNO merupakan entiti berasingan yang mempunyai ideologi berbeza, di mana perjuangan PAS adalah berlandaskan Islam manakala UMNO pula memperjuangkan bangsa.

“Tidak akan ada penyatuan parti PAS dan UMNO. Ideologi kami berbeza. Ia adalah mustahil.

“Tetapi, kerjasama dan kefahaman boleh berlaku,” katanya dalam satu temubual baru-baru ini.

Jelas Hadi, perhimpunan membantah pelaksanaan ICERD ini dilakukan kerana walaupun agenda kovensyen itu dikatakan untuk menentang diskriminasi, “diskriminasi” yang dimaksudkannya itu adalah penakrifan oleh pihak Barat, yang amat berbeza daripada konteks di Malaysia.

“Kita bekerjasama sekarang sama seperti kita lakukan dahulu untuk menentang penjajah sebelum kemerdekaan untuk menekankan supaya Islam ditetapkan sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan”, ujar beliau.

Dalam pada itu, Hadi turut menyatakan bahawa tujuan perhimpunan ini dianjurkan adalah untuk “menyelamatkan negara, yang telah mengalami kekeliruan terhadap kenyataan-kenyataan berlainan yang dikeluarkan oleh barisan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengenai ICERD.”

Memandangkan majoriti rakyat adalah orang Melayu, PAS dan UMNO telah bersetuju untuk bekerjasama dalam perhimpunan anti-ICERD bagi menu

Sejak kerajaan meluahkan hasrat untuk meratifikasikan ICERD, PAS dan UMNO telah memberi tentangan hebat terhadap konvensyen tersebut dengan menegaskan bahawa ia bercanggah dengan Perkara 153 seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Selepas mendapat respon yang negatif daripada majoriti rakyat, kerajaan memutuskan untuk tidak meratifikasikan ICERD.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker