AntarabangsaIsu Semasa

Mempelajari Bagaimana Nelayan Filipina Diselamatkan Daripada Krisis Kekurangan Ikan

Sarapan pagi orang Filipina Sumber Gambar : tripadvisor.com

Jika di Malaysia ada nasi lemak dengan sambal ikan bilis untuk sarapan, di Filipina sarapan mereka ialah dengan nasi bawang putih, ikan kering goreng dan telur yang dipanggil Bangusilog. Oleh sebab itu ikan merupakan antara makanan paling penting negara tersebut.

Ikan Penting Di Filipina

Flipina menghasilkan 4.5 juta ton makanan laut setahun yang menjadikannya pengeluar ke-9 dunia. Namun kini mereka berdepan dengan masalah kurangnya hasil laut.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan kemerosotan yang dasyat bakal berlaku pada 30 tahun yang akan datang sekiranya tiada tindakan menangani masalah kemerosotan biodiversiti berlaku.

Dengan itu beberapa usahawan sosial di Filipina sedang membangunkan inisiatif untuk mengekang dari berlakunya kemerosotan sumber alam yang berharga ini.

Pencemaran Plastik Ancaman Utama Sang Ikan

“Kita perlu orang ramai memahami bagaimana ekosistem kita berjalan dan kesannya terhadap kesihatan perikanan kita,” kata Rafael Dionisio, pengasas The Circle Hostel – sebuah rangkaian hostel yang mesra alam yang sedang aktif mengurangkan penggunaan plastik.

Pencemaran plastik kini menjadi ancaman utama kehidupan laut dan Filipina merupakan antara penyumbang terbesar dalam pencemaran plastik menurut Greenpeace Philippines.

Rafael menggalakan orang ramai memasukkan sisa plastik seperti pembalut makanan ke dalam botol plastik dan botol plastik yang padat ini akan menjadi batubata-eko untuk membina bangsal dan struktur yang tidak perlu menampung objek berat.

Batu-bata eko, inisiatif Rafael Dionisio, pengasas The Circle Hostel

Data Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Filipina (BFAR) menunjukkan terdapat lebih daripada 1.6 juta nelayan yang beroperasi di Filipina dan 85% daripada mereka merupakan nelayan berskala kecil.

Inisiatif Syarikat Sosial Untuk Membantu Nelayan Kecil

Dhang Tecson, pengasas bersama Fishers and Changemakers Inc (FCI) yang bekerjasama dengan keluarga nelayan di Pulau Cebu berkata penangkapan ikan secara berleluasa tanpa pengawalan dengan kaedah tidak beretika seperti bom dinamit, jaring halus telah menyumbang kepada perubahan ekosistem laut. 

Syarikat perikanan besar juga telah mengeksploitasikan kawasan perikanan yang berhampiran daratan menyebabkan punca pencarian nelayan kecil semakin berkurangan dan memaksa mereka untuk ke laut dalam.

“Nelayan kecil selalunya akan bekerja lebih kurang 12 sehingga 16 jam sehari…mereka sama sekali tidak mempunyai jaring keselamatan. Walaupun ramai di antara mereka tidak mahu menangkap ikan secara haram tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain,” jelas Dhang.

 

Misi Mengekalkan Makanan Istimewa Filipina

Oleh yang demikian, Dhang bersama organisasinya mempunyai misi untuk membina komuniti mampan di seluruh Fiipina bagi mengekalkan makanan keistimewaan orang Filipina.

Kebanyakan nelayan kecil Filipina merupakan lelaki berusia pertengahan tahun dan hanya mempunyai sedikit bahkan mungkin tiada ilmu persekolahan.

Mereka hidup di bawah garis kemiskinan dalam pulau terpencil yang hanya boleh dikunjungi menggunakan bot di mana seluruh komuniti ini bergantung kepada sumber laut sebagai punca pendapatan.

Dari sejarahnya, kebanyakan usaha untuk membantu komuniti ini telah diarahkan untuk menjadi nelayan.

Kemudan Diberikan Tetapi….

Badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini memberi mereka kemudahan untuk perikanan di tempat mereka dengan membina koperasi ikan dan juga gudang untuk memproses dan menyimpan ikan kering.

Tetapi masalah timbul apabila pengurusan kewangan tidak dapat dilakukan dengan baik, para wanita di dalam komuniti tersebut tidak pandai menggunakan alat yang diberikan kerana sudah terbiasa dengan pengeringan tradisional iaitu di bawah matahari.

Perkara ini semua terjadi kerana mereka tidak diberi latihan mahupun penelitian susulan.

Para Nelayan Diberi Keyakinan Menjadi Orang Penting

Melihat perkara ini berlaku, Dhang bersama rakan sekerjanya mencipta sebuah jenama bernama Balangay’s Best pada Februari 2017 untuk membantu nelayan kecil ini meraih pendapatan sampingan. 

Mereka mahu membantu para nelayan melalui latihan dan ilmu kewangan dengan harapan mereka boleh memahami dan mengetahui nilai sebenar produk keluaran mereka serta melihat diri mereka sebagai orang penting yang mengekalkan tradisi dan menjadi sebahagian daripada perniagaan FCI.

Kini FCI bekerjasama dengan Rare Philippines, sebuah organisasi global yang menyokong pemuliharaan pantai dan tujuh komuniti lain bagi mengetahui parameter yang membolehkan penangkapan ikan dilakukan secara mampan.

Latihan Perikanan Secara Mampan

Nelayan yang mengikuti program ini perlu mendapatkan lesen dan mendaftarkan diri mereka serta bekerjasama menguruskan kawasan perikanan mereka.

Sumber Gambar : manilaspeak.com

Mereka juga diberi latihan cara menggunakan peralatan perikanan dan hanya menggunakan jaring pada masa, lokasi dan musim yang ditetapkan.

Walau apapun, perkara ini merupakan isu global yang perlu kita lihat kerana semua perkara berhubung kait dari apa yang kita makan, buang dan guna pakai.

 

Sumber Gambar Imej Terencana : Bryan Alano 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker