MalaysiaPolitik

Dr M Bakal Lancar Perhimpunan Pada Hari Sama Perhimpunan ICERD

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melancarkan perhimpunan hak asasi manusia pada hari yang sama dengan perhimpunan anti-Icerd yang dijadualkan berjalan pada Sabtu, 8 Disember.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadakan perhimpunan hak asasi manusia pertama yang bertema “Stand Up 4 Human Rights” bersempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang jatuh pada hari Isnin (10 Disember).

Perhimpunan akan diadakan dari 9 pagi hingga 3 petang di Padang Timur, Petaling Jaya, manakala perhimpunan terhadap Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) akan diadakan kira-kira 10km di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Memetik laporan The Star, Dr Mahathir juga dijadual berucap pada perhimpunan itu, bersama-sama dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa diadakan untuk meraikan perayaan ulang tahun ke 70 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

Umno, PAS dan Perkasa akan menyertai perhimpunan anti-Icerd dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Penganjurnya pada mulanya menargetkan satu juta peserta, tetapi kemudiannya berkata mereka menjangkakan 500,000 orang untuk meraikan keputusan kerajaan untuk tidak mengesahkan Icerd.

Perdebatan mengenai Icerd tercetus selepas ucapan oleh Dr Mahathir di Perhimpunan Agung PBB pada bulan September, di mana beliau mengatakan kerajaan Pakatan Harapan akan mengesahkan baki konvensyen hak asasi manusia PBB.

Bagaimanapun, selepas protes dan ancaman rusuhan kaum Melayu oleh presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan memutuskan untuk tidak mengesahkan konvensyen terhadap diskriminasi kaum itu.

Penganjur berkata tujuan perhimpunan itu kini berubah menjadi satu bentuk perayaan dan bukannya protes. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan meluluskan perhimpunan terbabit atas dasar ia akan dijalankan secara aman.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh NGO Melayu-Muslim Ummah dan Sekretariat Kedaulatan Negara dengan penyertaan PAS dan Umno serta ahli-ahli kumpulan hak Melayu Perkasa.

Perhimpunan itu akan berlangsung dari 2 petang hingga 6 petang di Jalan Raja, antara bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka.

Malaysia adalah antara 14 negara di dunia yang masih belum mengesahkan Icerd, bersama-sama Korea Utara, Myanmar dan Sudan Selatan. Negara-negara Islam lain seperti Arab Saudi, Mesir, Turki dan Iran telah menandatangani Icerd.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker