Sukan

Ultras Malaya Bakal Gegarkan Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok Malam Ini

Seramai 150 peminat Harimau Malaya termasuk anggota kelab Ultras Malaya diterbangkan ke Bangkok hari ini menerusi penerbangan khas oleh AirAsia. 

Mereka akan ke Bangkok bagi menyokong pasukan negara yang akan menentang Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Rajamangala malam ini.

“Pemain ke-12” negara itu dihantar oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali serta Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat dalam satu majlis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata, tawaran terbabit dicetuskan sebagai satu bentuk penghargaan kepada penyokong setia skuad kebangsaan dan berbesar hati untuk sekali lagi melaksanakan penerbangan khas selepas kali pertama dilakukan pada 2014.

“Kami percaya Ultras Malaya adalah ‘ekor’ Harimau Malaya dan ini cara kami membantu mereka dan peminat yang lain memberi sokongan kepada pasukan negara.

“Laungan dan sorakan mereka pastinya akan membakar semangat Harimau Malaya dan mengingatkan pasukan bahawa seluruh rakyat Malaysia berada di belakang skuad negara malam ini,” katanya.
 

Menurut laporan BeritaHarian, penerbangan khas ini diberikan pada kos lebih rendah iaitu dengan harga penerbangan pergi balik berjumlah RM349.

Salah seorang penyokong tegar Harimau Malaya, Shahrul Izwan Abdul Kahar berkata kepada MyMetro,“Menang atau kalah belakang kira, asalkan skuad negara memperagakan persembahan bertenaga.”

Memetik laporan UtusanOnline, dalam pertemuan pertama skuad Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil yang penuh sesak dengan penyokong Harimau Malaya pada Sabtu lepas, anak buah Tan Cheng Hoe gagal membolosi gawang ‘Gajah Perang’ sekalipun menguasai perlawanan itu yang berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker