MalaysiaPolitik

Dewan Rakyat Tubuh 6 Jawatankuasa Pilihan Khas

Dewan Rakyat mengumumkan pembentukan enam Jawatankuasa Pilihan Khas yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, keputusan itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 76(2) di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender, Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-Negeri dan Persekutuan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam.

“Penubuhan semua Jawatankuasa Pilihan Khas ini adalah sebagai bukti komitmen untuk memperkukuhkan fungsi institusi Parlimen yang lebih telus, diyakini dan mencerminkan kehendak rakyat.

“Ini sejajar dengan aspirasi reformasi memperkasakan Gagasan Malaysia Baharu,” kata kenyataan itu.

Senarai nama Ahli-ahli Jawatankuasa ialah:

JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG

1) Nurul Izzah Anwar (PH PKR-Permatang Pauh) – Pengerusi

2) Rusnah Aluai (PH PKR-Tangga Batu)

3) Su Keong Siong (PH DAP-Kampar)

4) Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (PH DAP-Bukit Gelugor)

5) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran)

6) Datuk Seri Azalina Othman Said (BN UMNO-Pengerang)

7) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS PBB-Santubong)

JAWATANKUASA PILIHAN KHAS BAJET

1) Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH PPBM-Jeli) – Pengerusi

2) Nik Nazmi Nik Ahmad (PH PKR-Setiawangsa)

3) Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH PKR-Wangsa Maju)

4) Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH DAP-Bandar Kuching)

5) Khoo Poay Tiong (PH DAP-Kota Melaka)

6) Khairy Jamaluddin (BN UMNO-Rembau)

7) Datuk Alexander Nanta Linggi (GPS PBB-Kapit)

JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PERTAHANAN DAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

1) Datuk Mansor Othman (PH PKR-Nibong Tebal) – Pengerusi

2) Chang Lih Kang (PH PKR-Tanjong Malim)

3) Lim Lip Eng (PH DAP-Kepong)

4) Pang Hok Liong (PH DAP-Labis)

5) Ahmad Hassan (WARISAN-Papar)

6) Datuk Abd Rahim Bakri (BN UMNO-Kudat)

7) Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu)

JAWATANKUASA PILIHAN KHAS HAK ASASI DAN KESAKSAMAAN GENDER

1) Nor Azrina Surip (PH PKR-Merbok) – Pengerusi

2) Charles Anthony Santiago (PH DAP-Klang)

3) Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH PKR-Lembah Pantai)

4) Kasthuriraani A/P Patto (PH DAP-Batu Kawan)

5) Ma’mun Sulaiman (WARISAN-Kalabakan)

6) Datin Mastura Mohd Yazid (BN UMNO-Kuala Kangsar)

7) Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang)

JAWATANKUASA PILIHAN KHAS HUBUNGAN ANTARA NEGERI-NEGERI DAN PERSEKUTUAN

1) Hassan Abdul Karim (PH PKR-Pasir Gudang) – Pengerusi

2) Ali Anak Biju (PH PKR-Saratok)

3) Chan Foong Hin (PH DAP-Kota Kinabalu)

4) Alice Lau Kiong Yieng (PH DAP-Lanang)

5) Datuk Rozman Isli (WARISAN-Labuan)

6) Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN UMNO-Padang Terap)

7) Datuk Seri Nancy Shukri (GPS PBB-Batang Sadong)

JAWATANKUASA PILIHAN KHAS UNTUK MELANTIK JAWATAN-JAWATAN UTAMA PERKHIDMATAN AWAM

1) William Leong Jee Keen (PH PKR-Selayang) – Pengerusi

2) Syed Ibrahim Syed Noh (PH PKR-Ledang)

3) Datuk Ngeh Koo Ham (PH DAP-Beruas)

4) Fong Kui Lun (PH DAP-Bukit Bintang)

5) Datuk Dr Hasan Bahrom (PH AMANAH-Tampin)

6) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN UMNO-Bera)

7) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian)

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker