Isu SemasaTempatan

Dalang Rusuhan Hari Kedua Kuil Dikenal Pasti

Polis telah mengenal pasti dalang di sebalik rusuhan kedua yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman USJ25 pada 27 November yang menyebabkan kecederaan serius kepada seorang anggota bomba.

Memetik laporan NST, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihak polis mempunyai maklumat yang diperlukan mengenai dalang dan memastikan tindakan akan diambil segera.

“Polis mempunyai maklumat, dan tindakan telah diambil terhadap mereka yang disyaki terbabit dalam kejadian itu. Berdasarkan laporan terkini, bilangan mereka yang ditangkap dan direman juga menyaksikan peningkatan.

“Orang awam juga telah memberi bantuan kepada polis dalam penyiasatan kes Muhammad Adib. Kami dimaklumkan bahawa salah seorang daripadanya telah tampil ke hadapan, kami akan terus menyiasat sehingga mengetahui siapa yang bersalah dalam kejadian itu,” katanya.

Muhyiddin bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat bulanan Kementerian Dalam Negeri dengan Polis di Bukit Aman.

Mengulas mengenai senarai 28 orang yang dicari dalam membantu siasatan, Muhyiddin berkata sehingga sebelah petang semalam, tiada seorang pun yang menyerah diri.

Mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy yang dipanggil untuk memberi kenyataan, katanya Waytha mungkin dipanggil berkaitan dengan kenyataan yang dibuat mengenai kejadian di kuil itu.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan,” katanya.

Kejadian pada awal 26 November dan 27 November di kuil Sri Maha Marimman telah menyebabkan seorang anggota polis cedera selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar oleh para perusuh serta gangguan awam.

Muhammad Adib Mohd Kassim dari Unit Kecemasan, Perubatan dan Penyelamat Subang Jaya (EMRS) juga cedera dalam kejadian itu, namun dia masih dirawat di Institut Jantung Negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan mengatakan sehingga jam 8 pagi hari semalam, 83 orang telah ditangkap berhubung kes-kes di kuil itu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker