Gaya HidupMakan & Minum

Cendol Malaysia Atau Singapura Lebih Sedap?

Adakah cendol, pencuci mulut kegemaran ramai yang manis diperbuat daripada ais, jeli pandan, santan dan gula Melaka, berasal dari Malaysia atau Singapura?

CNN telah menyenaraikan cendol dalam senarai ‘50 pencuci mulut terbaik dunia CNN’. Tetapi penerangan mereka tentang makanan itu berasal dari Singapura telah menyebabkan penggemar makanan Malaysia berasa tergugat dengan dakwaan itu.

Di laman web mereka, CNN menerangkan cendol sebagai ‘hidangan pencuci mulut yang sangat sejuk’ dan mengakui bahawa versi yang berbeza dapat ditemui di seluruh Asia Tenggara, tetapi mengatakan bahawa cendol Singapura yang dimasak dengan kacang merah manis menjadikannya ‘sangat sedap’.

Image result for cendol

“Pada waktu petang di Singapura, penduduk tempatan menyegarkan diri dengan pencuci mulut yang manis dan sejuk ini. Cendol merupakan makanan kegemaran ramai di kedai makan tepi jalan.

“Versi pencuci mulut yang sangat sejuk ini boleh ditemui di seluruh Asia Tenggara, tetapi dengan penambahan biji kacang merah manis, cendol klasik Singapura sangat mengagumkan,” tulis CNN.

Kenyataan itu telah mewujudkan situasi tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial Malaysia yang percaya ia adalah tidak adil untuk memberi kredit kepada Singapura sebagai negara yang mempunyai cendol terbaik di rantau ini.

“Wahai CNN, datang ke Melaka dan cuba Cendol kami,” kata Bobby Chew di Facebook.

Related image

Orang lain mencadangkan bahawa bahan utama dalam cendol, gula melaka, berasal dari Melaka, sebuah negeri di Malaysia.

“Tanya Singapura di mana mereka mendapat gula perang mereka,” tulis Roy Chor, merujuk kepada gula melaka, bahan penting dalam pencuci mulut itu.

Sesetengah warga Singapura sendiri, termasuk blogger makanan terkenal Leslie Tay, bahkan turut mengakui cendol Malaysia adalah lebih baik.

Antara makanan pencuci mulut Asia yang lain termasuk dalam senarai CNN ialah tart telur Hong Kong, cheesecake Jepun, dan pulut mangga Thailand.

Sebelum ini, permohonan Singapura untuk mendaftarkan budaya penjaja dalam Senarai Warisan Budaya Unesco juga turut menerima reaksi negatif dari rakyat Malaysia yang merasakan warisan penjaja di Malaysia adalah lebih kaya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker