Bisnes & Ekonomi

Ryan ToysReview: Kanak-Kanak 7 Tahun Bintang Youtube Terkaya

Bintang YouTube dengan bayaran tertinggi tahun ini adalah milik kanak-kanak berusia 7 tahun, di mana dia memperoleh berjuta-juta dengan hanya memuat naik video menunjukkan dia membuka kotak dan bermain dengan mainan.

Diwujudkan pada Mac 2015, saluran Youtube Ryan ToysReview berkembang menjadi terkenal dan kini mempunyai lebih daripada 17 juta “subscriber” serta 26 bilion tontotan.

Pendapatan semasa Ryan sebanyak $22 juta adalah pendapatan 12 bulan dari Jun 2017 sehingga 1 Jun 2018. Pendapatan itu yang tidak termasuk cukai atau yuran yang dikenakan oleh ejen atau peguam, telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Pendapatan Ryan diperoleh daripada pengiklanan sebelum paparan video pada saluran YouTube dan bayaran ulasan (review). Pendapatan meningkat setiap kali jumlah tontonan naik dan videonya menerima purata sekitar 10 juta tontonan untuk rakaman 10-30 minit.

Sebahagian kecil pendapatan Ryan turut datang dari “post” yang ditaja. Jumlah yang dihasilkan dari “post” yang ditaja adalah kecil berbanding dengan YouTuber lain kerana demografi audiens Ryan adalah lebih kecil.

Mainan yang dipaparkan dalam salah satu video saluran Ryan ToysReviw boleh dijual dengan serta-merta.

Pada bulan Ogos, Walmart mula menjual pelbagai mainan dan pakaian eksklusif yang dipanggil Ryan’s World, dan video yang menunjukkan Ryan dan ibu bapanya mencari mainannya sendiri di kedai Walmart mempunyai 14 juta paparan dalam tiga bulan.

Pendapatan dari kerjasama bersama Walmart dijangka akan meningkatkan jumlah pendapatan Ryan pada tahun hadapan.

Oleh kerana masih di bawah umur, 15 peratus daripada pendapatan Ryan akan disalurkan ke dalam akaun Coogan. Di sana wangnya akan dilindungi sehingga Ryan mencapai umur yang matang mengikut undang-undang.

Sebahagian daripada pendapatannya akan digunakan sebagai modal pengeluaran dan untuk membeli mainan yang akan dipaparkan dalam ulasannya.

Saudara kembar Ryan juga tidak ketinggalan: mereka mempunyai beberapa video pada saluran YouTube berkaitan yang dipanggil Ryan’s Family Review.

“Saya menghiburkan dan saya lucu,” kata Ryan dalam laporan berasingan oleh NBC News ketika ditanya mengapa kanak-kanak suka menonton video ulasannya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker