Sukan

Vietnam Kuasai Separuh Akhir Piala AFF

Vietnam berjaya meletakkan diri di kedudukan yang sangat memuaskan dengan memenangi perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki mereka yang pertama dalam sedekad ini apabila menang di tempat lawan ketika menentang Filipina pada hari Ahad.

Nguyen Anh Duc membuka jaringan dengan menanduk masuk gol pada minit ke-12 di Stadium Panaad, tetapi Patrick Reichelt menyamakan kedudukan melalui sepakan volley pada minit-minit akhir separuh masa pertama.

Walau bagaimanapun, Phan Van Duc meletakkan juara 2008 itu kembali di depan pada awal separuh masa kedua, sekaligus membawa kelebihan apabila bermain perlawanan timbal balik di Stadium My Dinh di Hanoi pada hari Khamis nanti.

Pemenang dua set perlawanan ini bakal bertemu Malaysia ataupun Thailand, yang terikat tanpa jaringan di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, di dalam pusingan akhir pertandingan dwitahunan Asia Tenggara ini pada hujung bulan ini.

Vietnam mendapatkan inisiatif di awal permainan di Bacolod apabila bola hantaran Doan Van Hau melepasi pemain pertahanan Azkals, kemudia disambut oleh Anh Duc dan tandukannya melewati penjaga gol Micheal Falkesgaarddan menerjah gawang Filipina.

Van Duc dan Nguyen Quang Hai masing-masing hampir menambah jaringan buat pasukan pelawat tetapi Filipina berjaya menyamakan kedudukan setelah tamat separuh masa pertama.

Selepas beberapa siri hantaran di bahagian kiri, Phil Younghusband membuat satu hantaran lintang yang tepat ke arah Reichelt bagi membolehkan dia menjaringkan gol kedua Vietnam.

Gawang Filipina sekali lagi diuji di awal separuh masa kedua, apabila hantaran lambung Nguyen Trong Hoang melepasi benteng pertahanan, sambil Van Duc dengan mudah menewaskan perangkap offside Filipina, kemudian menolak masuk bola ke dalam gawang Filipina, menewaskan Falkesgaard

Pasukan Filipina sepatutnya dihukum sekali lagi apabila bola yang terkena kaki Adam Reed memaksa Falkesgaard untuk menyelamatkan keadaan.

Penjaga gol Filipina itu sekali lagi menyelamatkan gawang mereka daripada dua percubaan dari pemain gantian Ha Duc Chinh, sementara percubaan Nguyen Cong Phuong tersasar selepas larian yang bagus menembusi benteng pertahanan pasukan tuan rumah.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker