Teknologi

PlayStation Classic Mengimbau Nostalgia

Hari ini merupakan hari pelancaran Sony PlayStation Classic, konsol retro generasi pertama PlayStation dengan versi yang kompak.

Hampir 24 tahun lalu, PlayStation merupakan konsol kebanggaan remaja suatu ketika dahulu. Sony mengambil peluang ini dengan melancarkan PlayStation Classic sebagai satu tanda nostalgia.

Konsol ini dibina dengan rekaan yang sama seperti versi asal namun dikecilkan dan dikompakkan sebesar 149mm x 33mm x 105, iaitu 80% lebih kecil.

Ia menggunakan saiz alat kawalan yang sama namun terdapat terubahan pada ‘port’ sambungannya. Untuk paparan pula, konsol ini menggunakan sambungan HDMI beresolusi 720p dan ia dicas menggunakan sambungan micro USB.

Disebabkan saiznya yang kecil, fungsi pembaca CD dikeluarkan dan Sony menggumumkan 20 permainan popular PlayStation akan disertakan terus di dalam konsol namun ia sedikit berbeza mengikut rantau.

Untuk Semua Rantau NA/PAL/Korea/Asia Tenggara Japan/Taiwan/Hong Kong
·         Battle Arena Toshinden

·         Final Fantasy VII

·         Intelligent Qube

·         Jumping Flash!

·         Metal Gear Solid

·         Mr. Driller

·         R4: Ridge Racer Type 4

·         Resident Evil: Director’s Cut

·         Revelations: Persona

·         Super Puzzle Fighter II Turbo

·         Tekken 3

·         Wild Arms

·         Cool Boarders 2

·         Destruction Derby

·         Grand Theft Auto

·         Oddworld: Abe’s Oddysee

·         Rayman

·         Syphon Filter

·         Tom Clancy’s Rainbow Six

·         Twisted Metal

·         Arc the Lad

·         Arc the Lad II

·         Armored Core

·         G-Darius

·         Gradius Gaiden

·         Parasite Eve

·         SaGa Frontier

·         XI [sái]

PlayStation Classic dijana dengan sistem MediaTek 8167a Quad A35 beserta grafik Power VR GE8300. Tidak seperti konsol asal, penggunaan memory card tidak disertakan kerana kesemua ‘save file’ akan disimpan di dalam konsol itu sendiri.

Bagi yang ingin mengimbau kenangan bermainan PlayStation sewaktu kecil dahulu, ada patut memiliki PlayStation Classic ini. Walaupun dengan 20 permainan yang disediakan, ia masih merupakan antara permainan yang popular hingga kini.

PlayStation Classic akan dijual di pasaran Malaysia bermula hari ini pada harga sekitar RM429.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker