AntarabangsaIsu Semasa

Frontier Airlines: Penumpang Menjerit Seperti Berlaku Rusuhan Dalam Kapal Terbang

Kapal terbang Frontier Airlines dari Las Vegas ke Florida terpaksa berpatah balik akibat kecemasan kerana sebahagian daripada enjin kapal terbang tersebut tercabut semasa melakukan pelepasan dari lapangan terbang. 

Seorang penumpang dalam kapal terbang tersebut mengirim foto enjin kapal terbang tersebut kepada rakannya yang juga merupakan seorang wartawan untuk ABC10.

Brandon Rittiman turut berkongsi gambar tersebut di dalam akaun twitternya dengan mengatakan seramai 177 penumpang di dalam kapal terbang tersebut terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Las Vegas setelah penutup enjin terbuka dan tercabut semasa berlepas.

Dalam gambar yang dikongsi olehnya menunjukkan enjin Airbus A320 itu terdedah dan kelihatan enjin kapal terbang tersebut. 

Penumpang di dalam kapal terbang tersebut menjerit-jerit dan ia dilaporkan seperti berlaku rusuhan di dalam kapal terbang.

Seorang ibu sempat menulis pesanan kepada anak perempuannya bahawa dia sangat menyayanginya.

Stella Ponce berkata dia tertidur semasa kejadian dan terjaga kerana ramai orang menjerit-jerit meminta juruterbang untuk memberhentikan kapal terbang manakala terdapat dua wanita sedang menangis dan penumpang yang lain menuding jari ke tingkap.

Jurucakap penerbangan Frontier Airlines berkata penutup enjin kapal terbang tersebut longgar mengakibatkan ia tercabut daripada badan kapal terbang.

Jurucakap tersebut turut menambah bahawa kesemua penumpang telah diberi pampasan dan baucar Frontier Airline sebanyak US$500 yang boleh dipakai untuk penerbangan setelah itu. Kesemua penumpang dan awak kapal dilaporkan selamat dan telah diterbangkan ke Florida menggunakan penerbangan lain.

 

Sumber Imej Terencana: Channel News Asia

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button