AntarabangsaIsu Semasa

Malaysia Adalah “Pemenang” Dalam Perang Dagang China-AS

Malaysia muncul sebagai “pemenang yang jelas” dari segi manfaat yang berpotensi diperoleh hasil daripada Perang Dagang di antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Sebuah laporan oleh Nomura Global Markets Research telah menganalisis 7,705 produk termasuk senarai tarif, dan anggaran potensi keuntungan daripada penggantian import bagi 13 negara Asia.

Laporan itu berkata, Malaysia mendahului senarai benefisiari, di mana manfaat/keuntungan yang paling besar akan diperoleh daripada barang-barang seperti litar bersepadu elektronik, gas asli cecair, serta peralatan komunikasi.

“Kita mengenal pasti dua saluran manfaat yang berpotensi untuk diperoleh daripada perang dagang ini, pengganti import (dalam jangka masa pendek) dan penempatan semula pengeluaran (dalam jangka masa sederhana).

“Dalam janga masa pendek, jika AS dan China mengenakan tarif yang lebih tinggi ke atas import masing-masing, maka syarikat-syarikat akan mempunyai insentif untuk mengganti import-import mahal ini dengan sumber pengeluaran tempatan atau pengganti dari negara-negara lain,” ujar laporan itu.

Selain daripada Malaysia, ia juga menyatakan bahawa negara-negara lain yang turut memperoleh manfaat Perang Dagang AS-China adalah Jepun, Pakistan, Thailand dan Filipina.

Namun, Bangladesh, India dan Korea Selatan pula berada di dalam senarai negara yang paling rendah untuk meraih keuntungan secara relatif.

“Perang Dagang AS-China adalah proposisi ‘kalah-kalah’ bagi ekonomi dunia, terutamanya Asia, yang merupakan salah satu ekonomi yang paling terbuka di dunia.

“Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat multi-nasional (MNC) berfikir dan bertindak dengan pantas, dan pada tahap yang lebih khusus, terdapat juga sesetengah syarikat, industri, malah ekonomi-ekonomi kecil yang menerima manfaat daripada perang dagang tersebut,” jelas laporan itu.

Bahagian dua analisis itu, yang membincangkan penempatan semula pengeluaran, turut menyenaraikan Malaysia sebagai antara penerima manfaat utama.

Laporan berkenaan turut menjelaskan bahawa perang dagang yang berpanjangan, dalam jangka masa pertengahan, akan menggalakkan MNC untuk mula mengalihkan sesetengah pengeluaran mereka ke kilang-kilang di negara-negara lain bagi mengelak tarif.

Malah, MNC juga dijangka akan memindahkan perniagaan mereka ke lokasi lain sekiranya perang dagang ini terus berkekalan.

“Jika syarikat perniagaan mengalihkan pengeluaran dan pelaburan langsung asing (FDI) dari China, jadi kami mengganggarkan bahawa Vietnam akan meraih manfaat terbesar, diikuti Malaysia, Singapura dan India.

“Yang ‘menariknya’, walaupun Pakistan adalah salah satu benefisiari yang terbesar daripada penggantian import, ia memperoleh keuntungan yang paling sedikit daripada pengalihan pengeluaran dan FDI,” tambah laporan tersebut.

 

Secara keseluruhan pula, kebanyakan negara Asean adalah pihak yang akan “meraih manfaat terbanyak” daripada langkah AS yang mengenakan tarif ke atas China.

Malaysia mendahului senarai itu, diikuti Filipina, Thailand dan Vietnam.

 

Sumber: The Star

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker