Sukan

Harimau Malaya Sedia Hadapi Gajah Perang

Harimau Malaya telah membuktikan bahawa mereka mampu mengekang pemain-pemain Thailand yang digeruni dengan kerjasama yang kukuh.

Perkara ini diucapkan oleh penjaga gol kebangsaan Farizal Marlias selepas pasukannya seri 0-0 dengan pasukan pilihan Thailand di dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF di Bukit Jalil pada hari Sabtu.

Malah, pasukan Malaysia begitu efektif, mereka sepatutnya dapat menewaskan Thailand, daripada membenarkan mereka terlepas dengan keputusan seri.

Farizal berasakan jika Malaysia di tangga ke-167 dunia dapat mengekalkan disiplin mereka menentang pasukan di tangga ke-118 Thailand dalam perlawanan timbal balik di Bangkok pada hari Rabu nanti, pasukan Gajah Perang itu boleh ditewaskan.

Walaupun juara Piala AFF lima kali itu mempunyai ramai pemain yang berbakat, Farizal merasakan Malaysia adalah lebih baik dari segi taktikal.

Pada hari Sabtu, penjaga gol JDT itu bersama-sama pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak, Shahrul Mohd Saad dan Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak membatalkan serangan-serangan Thailand.

Strategi jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe dengan meletakkan beberapa orang pemain untuk menjaga trio berbahaya Thai, Adisak Kraisorn, Sanrawat Dechmitr dan Supachai Chaided dianggap berjaya apabila Malaysia mempunyai 60% kawalan bola dalam perlawanan itu.

“Jurulatih (Cheng Hoe) memberitahu kami untuk sentiasa menumpukan perhatian dan memberikan yang terbaik. Kami lakukan hanya itu,” ujar Farizal.

Untuk perlawanan timbal balik di Bangkok, Farizal berkata dia dan rakan sepasukannya menyasarkan untuk bermain dengan corak permainan yang sama yang melihatkan Malaysia mencipta hampir 20 percubaan ke arah gol lawan di perlawana pertama.

“saya harap kami dapat mengekalkan momentum di dalam perlawanan timbal balik nanti kerana ia mampu mencipta keputusan posotif buat kami.” tambah Farizal.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker