Bisnes & EkonomiHiburan

5 Artis K-Pop Terkaya 2018

Menurut E! Online lima artis K-Pop ini merupakan artis yang mengaut keuntungan terbanyak pada tahun ini;-

  1. Psy (RM188 juta) 

Psy yang terkenal dengan lagu Gangnam Style pada tahun 2002 yang sehingga kini sudah mencecah 3.2billion tontonan di Youtube telah merangkul artis terkaya Korea Selatan tahun ini.

Album terbaharunya 4X2=8 terus mendapat sambutan dalam carta muzik negara tersebut dan masih mengadakan konsert tahnunan All Night Stands dengan menonjolkan artis papan atas. Tahun ini beliau merupakan artis terkaya apabila memiliki agensinya sendiri dan tidak menggunakan orang tengah.

2. Choi Siwon (RM146 juta)

Salah seorang anggota Super Junior ini telah berhasil dalam arena berlakon dengan filem pertamanya Dragon Blade. Siwon juga merupakan model telah mendapat jemputa bulan lalu oleh Universiti Stanford untuk berkongsi dengan para pelajar tentang dunia K-Pop.

3. G-Dragon (RM88 juta)

Salah seorang anggota Big Bang yang mempunyai ramai peminat kerana gaya fesyennya yang sentiasa up-to-date telah dilihat dalam sebuah acara pertunjukan Chanel. Beliau turut mengeluarkan jenama gaya hidupnya tersendiri iaitu PeaceMinusOne. G-Dragon juga tampil dengan pertunjukkan solonya dan menghasilkan RM2.9Juta setahun untuk royalti penulisan lirik lagu yang diciptanya sendiri.

4. Rain (RM83 Juta)

Pelakon dan penyanyi yang telah tampil dalam filem Hollywood, Ninja Assassin pada tahun 2009 ini telah melaburkan duitnya kepada sesuatu yang membuah hasil. Beliau bersama isterinya yang juga seorang pelakon, Kim Tae-hee telah dinobatkan sebagai di antara pasangan selebriti terkaya di Korea Selatan kerana perniagaan hartanah mereka.

5. Sandara Park (RM67 Juta)

Merupakan salah seorang anggota kumpulan 2NE1, beliau bijak mengambil perjanjian lumayan dengan berlakon dalam siri drama dan mempromosikan jenama gaya hidup di samping menjadi hos rancangan televisyen.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker