MalaysiaPolitik

Fahmi Fadzil: Ahli Politik Serba Boleh

YB Fahmi Fadzil, wakil rakyat di Lembah Pantai, telah memainkan banyak peranan dalam hidupnya: graduan kejuruteraan kimia, pelakon teater dan penulis, aktivis, penyokong perubahan politik dan kini bergelar seorang ahli parlimen.

Menjejaki perjalanan politik Fahmi, ia bermula seawal kemunculan gerakan Reformasi yang dicetuskan pada tahun 1998 sejurus pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan timbalan perdana menteri.

Lelaki berusia 37 tahun itu telah memikul pelbagai tanggungjawab dalam Parti Keadilan Rakyat termasuk pengarah komunikasi PKR dan naib ketua pemuda PKR, serta mengambil alih pusat perkhidmatan PKR Setiawangsa dalam usaha untuk membantu parti untuk menang kerusi persekutuan pada pilihan raya 2013.

Penglibatannya dalam politik bermula ketika beliau berada di penghujung sekolah menengah apabila beliau menyertai gerakan Reformasi dan menghadiri protes jalanan di Masjid Negara.

Pada tahun 2004 dan 2008, beliau membantu calon PKR semasa kempen pilihan raya. Pada tahun 2010 pula, Fahmi mengendalikan rancangan temubual yang dikenali sebagai Fair Current Show, yang meliputi tiga pilihan raya kecil dan menemuramah Nurul Izzah.

Selepas itu, Nurul Izzah menjemputnya untuk membantu di Lembah Pantai untuk melakukan beberapa aktiviti di Bangsar. Mereka adalah dari generasi yang sama dan Fahmi merasakan bahawa orang-orang seperti Nurrul Izzah perlu disokong. Jadi pada tahun itu, beliau menjadi setiausaha politik kepada Nurul Izzah yang memegang kerusi Lembah Pantai.

Related image

Fahmi menggantikan Nurul Izzah dalam PRU-14 di Lembah Pantai apabila menang dengan majoriti 5,598, setelah menerima 33,313 undi. Beliau menewaskan wakil Barisan Nasional Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang memperoleh 27,715 undi, dan calon PAS Fauzi Abu Bakar yang menerima 5,277 undi.

“Banyak orang muda di Lembah Pantai bersedia untuk mengundi PKR atau Pakatan Harapan, terutama di kawasan Bangsar dan Sentosa.”

“PKR berjaya mengekalkan kerusi walaupun ada cubaan sabotaj yang ditimbulkan terhadap kami seperti persempadanan semula kawasan pilihan raya selain saya menjadi calon kali pertama dan menentang seorang veteran.”

“Saya pernah memasang poster parti di sekitar Lembah Pantai. Dua dekad kemudian, kini saya mendapati bahawa saya berada di poster itu,” katanya dalam satu temu bual.

Selain memiliki ijazah dalam jurusan kejuruteraan kimia di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat, siapa sangka ahli parlimen itu sebenarnya pernah bergelar sebagai seorang pelakon dan beliau pernah menerima anugerah Artis Harapan pada Anugerah Seni Boh Cameron 2006.

Antara drama yang yang dibintanginya adalah Gol & Gincu The Series yang ditayangkan sekitar tahun 2006. Dalam drama terbitan Redfilms itu, Fahmi memegang watak sampingan sebagai Irwan.

Beliau juga aktif dalam pementasan teater seperti naskah “Second Link” dan “Dua, Tiga Dalang Berlari”.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker