Sukan

Usaha Menghalang Kemaraan Gajah Perang

Barisan pertahanan Malaysia telah berikrar mereka akan menghalang kemaraan Gajah Perang di dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF di Bukit Jalil hari ini.

Dan mereka telah mengenal pasti Adisak Kraisom sebagai ancaman terbesar yang perlu mereka gari.

Adisak telah muncul sebagai penyerang paling ditakuti pada edisi Piala AFF kali ini, selepas menjaringkan lapan gol, penjaring terbanyak di dalam pertandingan ini.

Pemain pertahanan Shahrul Saad yang menjadi tunjang bahagian pertahanan Malaysia, merasakan bahawa dia telah menjalinkan hubungan yang kukuh bersama Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Dia percaya bahawa barisan pertahanan Harimau Malaya itu mampu untuk mengurangkan keberkesanan Adisak.

Tetapi Shahrul, yang juga kapten kepada pasukan Perak di dalam Piala Malaysia baru-baru ini, mengingatkan rakan sepasukannya untuk tidak hanya fokus kepada Adisak, kerana penyerang mereka yang lain juga sama-sama berbahaya.

“Setakat ini, jurulatih kami (Tan Cheng Hoe) tidak menentukan siapakah di antara kami yang akan menjaga Adisak,” ujar Shahrul.

“Yang pasti, kami semua akan memerhatikannya.

“Jika saya diminta untuk menjaga Adisak, insyaallah, saya akan melakukan tugas itu dengan sebaik boleh,” tambahnya lagi selepas ditemui selepas sesi latihan di padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari Khamis.

“Saya juga perlu memerhatikan pemain-pemain Thail yang lain yang juga mempunyai teknik serangan yang bagus.”

Sahrul telah membuktikan bahawa dia boleh menjadi perisai yang kukuh bersama-sama Aidil apabila mereka berjaya menghalang pasukan Myanmar di dalam perlawnan Kumupula A yang penting pada hari Sabtu yang lepas.

Pemain berusia 25 tahun itu berasakan jika gandingannya bersama Aidil tidak goyah, pasukan Thailand akan mempunyai masa yang sukar untuk menembusi barisan pertahanan itu.

“Thailand adalah lebih kuat daripada Myanmar, dan kami semestinya perlu bermain dengan lebih baik.

“Kami perlu memperkuatkan kelemahan yang ada dalam pasukan. Dan yang paling penting, kami perlu memainkan strategi jurulatih dengan baik.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker