AntarabangsaIsu Semasa

Ramai Wanita Korea Menjadi Mangsa Kamera Pengintip

Perkara pertama apabila wanita Korea pergi ke tandas awam adalah untuk memeriksa jika terdapat lubang intip atau kamera. Hanya sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini adalah kerana negara tersebut sedang mengalami apa yang dikatakan sebagai wabak kamera pengintip.

Kamera tersembunyi itu mengambil video wanita – dan kadang-kadang lelaki – menanggalkan baju, pergi ke tandas, bahkan apabila mereka menukar pakaian di dalam bilik salinan, gim atau kolam renang. Video tersebut kemudian dipaparkan di dalam laman web pornografi.

Aktivis di Seoul kini memberi amaran bahawa jika tiada tindakan lebih keras dilakukan untuk mencegahnya, jenayah seperti ini mungkin akan tersebar ke negara-negara lain dan akan menjadi lebih sukar untuk dihentikan.

Lebih daripada 6,000 kes ‘kamera perisik’ dilaporkan kepada polis setiap tahun, dan 80% daripada mangsa adalah wanita.

Ia dikhuatiri terdapat beratus-ratus lagi kes seperti ini tetapi mereka tidak tampil untuk melaporkan kisah mereka. Terdapat juga kes di mana wanita direkod oleh kawan lelaki mereka sendiri.

BBC bertemu dengan seorang wanita bernama Kim yang menceritakan bahawa dia pernah difilem di bawah meja di sebuah restoran. Lelaki itu menggunakan kamera kecil dan merekod bahagian skirtnya. Kim sempat melihat kamera itu dan merampas telefon tersebut. Apabila membuka telefon itu, Kim melihat video tersebut disebarkan kepada lelaki lain dan mendapat komen-komen lucah.

“Apabila saya mula-mula melihat chat room itu, saya sangat terkejut, fikiran saya kosong dan saya mula menangis,” kata Kim.

Dia melaporkan perkara itu kepada polis tetapi kejadian itu memnbuatnya berasa lebih terdedah.

“Saya terus berfikir, apa pendapat orang lain? Adakah polis akan berfikir bahawa pakaian saya terlalu mendedah?

“Di balai polis, saya berasa kesepian, saya rasa semua lelaki melihat saya seolah-olah saya adalah daging atau objek seksual.

“Saya tidak memberitahu sesiapa, saya takut disalahkan, saya takut keluarga, kawan-kawan dan orang-orang di sekeliling saya memandang saya seperti mana lelaki di dalam chat room itu melihat saya.”

Lelaki itu bagaimanapun tidak pernah dihukum.

Bukan sekadar masalah di Korea

Korea Selatan adalah antara negara yang paling maju di dunia dari segi digital. Ia mendahului dalam pemilikan telefon pintar – hampir 90% orang dewasa mempunyai satu telefon pintar dan 93% mempunyai akses kepada internet.

Tetapi ia adalah satu kemajuan yang menjadikan jenayah ini sangat sukar untuk dikesan dan penjenayah seperti ini begitu sukar untuk ditangkap.

Park Soo-yeon, pengasas kumpulan Digital Sex Crime Out pada tahun 2015 sebagai sebahagian daripada kempen untuk menurunkan salah satu laman web yang paling terkenal, Soranet.

Ia mempunyai lebih dari satu juta pengguna dan menjadi tuan rumah kepada beribu-ribu video yang diambil dan dikongsi tanpa pengetahuan atau persetujuan wanita. Banyak video kamera pengintip diambil secara rahsia di dalam tandas atau bilik salinan, atau dimuat naik oleh bekas teman lelaki untuk membalas dendam.

Sesetengah wanita yang menjadi mangsa video itu telah mengambil nyawa mereka sendiri.

“Jenayah seks digital bukan hanya masalah di Korea, tetapi terdapat  kes di Sweden dan di Amerika Syarikat, tetapi Korea Selatan sangat maju dari segi teknologi, dengan internet yang paling cepat dan paling mudah diakses di dunia.” kata Park.

“Ini bermakna jenayah dalam talian terhadap wanita menjadi isu besar di sini dahulu dan tidak lama lagi akan menjadi masalah besar di negara lain, jadi kita perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini di peringkat antarabangsa.”

Polis Korea Selatan mempunyai dua masalah terhadap masalah ini: menangkap penjenayah, dan mendakwa mereka.

Pasukan khas telah memeriksa ruang awam di seluruh Seoul untuk mencari kamera tersembunyi.

Inspektor Park Gwang-Mi telah menghabiskan dua tahun memeriksa lebih daripada 1,500 tandas di kawasan Yongsan. Tetapi mereka tidak pernah menemui apa-apa.

BBC menyertai beliau dengan satu sapuan. Dia memberitahu kami dia mencari lubang di dinding di mana kamera mungkin telah diletakkan.

“Saya belajar betapa sukarnya untuk menangkap penjenayah yang melakukan perkara ini. Mereka memasang kamera dan mengambilnya dalam masa 15 minit.”

Beberapa penangkapan juga berjaya dilakukan – daripada 6,465 kes yang dilaporkan tahun lepas, 5,437 orang telah ditahan.

Tetapi hanya 119 orang yang dipenjarakan. Itu hanya 2% daripada mereka yang ditangkap.

 

Sumber: BBC

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker