Sukan

Kenali 5 Wanita Cantik Britain Yang Memburu Impian Menjadi Pelumba F1

Lima wanita Britain akan bersaing merebut tempat pada pertan­dingan lumba kereta yang membabitkan semua pemandu wanita yang dikenali sebagai Siri W.

The Great Race Off dengan 55 pemandu antarabangsa akan berebut mengisi 20 tempat dalam Siri W.

Siri W menawarkan hadiah wang tunai sebanyak 1.15 juta pound (RM6 juta) dengan harapan dapat menamatkan penantian selama 40 tahun bagi melahirkan pemandu wanita dalam Formula 1 (F1).

Seramai 5 wanita dari Britain akan menjalani beberapa siri ujian selama beberapa hari pada awal tahun depan dengan trek Eropah disahkan menjadi litar perlumbaan.

  1. Jamie Chadwick

Lahir di Bath, England pada 20 Mei 1998 beliau terkenal dengan menjadi wanita pertama dan termuda untuk memenangi British GT Championship pada tahun 2015. 

Pada 5 Ogos 2018, Chadwick menjadi pemandu wanita pertama dalam sejarah untuk memenangi BRDC British Formula 3 di Brands Hatch.

Beliau memulakan kerjaya dalam motorsport semasa berusia 11 tahun setelah mengikuti jejak langkah abangnya yang dikenali sebagai Ollie.

Chadwick memulakan kerjayanya sebagai pelumba kereta pada tahun 2013 setelah menolak tawaran memasuki pasukan hoki England tetapi berjaya mendapatkan biasiswa 2013 Ginetta Junior Championship dan kekal bersama mereka selama 4 musim dan mendapat lima podium pada tahun 2014 dan berada di tempat ke-8 pada keseluruhan kejohanan tersebut.

  1. Esmee Hawkey

Memulakan kerjaya sebagai pelumba go-kart pada usia yang sangat muda iaitu 9 tahun dan meningkat kepada perlumbaan kereta pada usia 15 tahun dan di tahun 2016, beliau memasuki pertandingan lumba GT dengan memandu Porsche Cayman GT4 dan mendapat tempat kedua. 

Pada tahun 2017, beliau meneruskan kerjaya dengan memenangi pelbagai perlumbaan dan mendapat pusingan terpantas dan memenangi Brighton Speed Trials untuk Porsche GB.

Di penghujung 2017 beliau dipilih sebagai finalis Porsche GB Junior. Walaupun tidak menjuarainya beliau tetap dipuji oleh orang ramai. Kini beliau menjadi Duta jenama untuk kumpulan Jardine Porsche Centre South London.

  1. Jessica Hawkins

Memulakan kerjayanya dengan perlumbaan di Buckmore Park Club Honda Cadet Championship pada usia 12 tahun, sirkut sama di mana Lewis Hamilton memulakan kerjayanya. 

Pada tahun 2011, Hawkins dapat merasai kereta F1 pertamanya dalam pusingan demonstrasi di Silberston Classic.

Beliau yang kini berusia 23 tahun sering memenangi pertandingan mengalahkan lelaki dalam pasukan lain.

  1. Alice Powell

Alice lahir pada 26 Januari 1993 di Oxford dan pada tahun 2010 beliau menjadi wanita pertama untuk memenangi perlumbaan Formula Renault dan pada tahun 2012 menjadi wanita pertama untuk mengumpul mata dalam Siri GP3. 

Pada tahun 2014 beliau kembali berlumba dalam Formula Renault dan mendapat tempat pertama dalam kelas antarabangsa di Siri Asian Formula Renault 2014.

Beliau belajar memandu semasa usia enam tahun dan memulakan kerjaya sebagai pemandu kart dua tahun setelah itu.

Beliau yang pernah cuba untuk mengumpul dana untuk memandu kereta Caterham Formula One semasa perlumbaan di Abu Dhabi Grand Prix tetapi tidak berjaya meneruskannya.

  1. Sarah Moore

Pernah mendapat anugerah ‘Rising Star’ daripada British Racing Driver’s Club di 2009, Moore merupakan wanita pertama memenangi perlumbaan TOCA dan merupakan wanita pertama memenangi perlumbaan campuran dalam peringkat kebangsaan di UK. 

Dilahirkan pada 22 Oktober 1993 ke dalam sebuah keluarga yang minat dengan perlumbaan kereta, di mana kedua abangnya merupakan pelumba manakala ayahnya menjalankan sebuah kumpulan sukan permotoran bernama Tockwith Motorsports yang telah dipelopori oleh atoknya.

Bercita-cita untuk menjadi wanita Britain pertama menjadi pemandu F1 sejak 2010, diharapkan beliau boleh merealisasikannya pada Siri W yang bakal bermula musim bunga akan datang.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker