AntarabangsaIsu Semasa

AS ‘Hasut’ Sekutu-Sekutunya Untuk Tolak Produk Huawei

Baru-baru ini, kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah melaksanakan ‘kempen yang luar biasa’, di mana negara itu menggesa syarikat penyedia internet di negara-negara sekutunya untuk tidak mengambil peralatan daripada syarikat telekomunikasi China, Huawei Technologies Co.

Pegawai-pegawai AS telah memberi taklimat kepada semua pihak yang berkenaan di negara-negara sekutu Washington termasuk Jerman, Itali dan Jepun, mengenai peralatan Huawei yang mereka lihat sebagai “risiko keselamatan siber.”

Difahamkan, peralatan syarikat telekomunikasi China itu digunakan secara meluas di negara-negara sekutu AS tersebut.

Bukan itu sahaja, malah AS juga sedang mempertimbang untuk memberi bantuan kewangan yang lebih banyak bagi tujuan pembangunan telekomunikasi di negara-negara yang tidak mengambil peralatan buatan China.

Memetik laporan Wall Street Journal (WSJ), salah satu kebimbangan utama AS adalah penggunaan peralatan telekomunikasi China di negara-negara yang mempunyai pangkalan tenteranya.

Jabatan Pertahanan Amerika mempunyai satelit dan rangkaian telekomunikasinya tersendiri untuk “komunikasi-komunikasi yang sensitif”, namun kebanyakan trafik data di pangkalan-pangkalan ketenteraannya dihantar melalui rangkaian komersil.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir pegawai yang melihat inisiatif AS ini sebagai “Perang Dingin” Teknologi di antara sekutu-sekutu pimpinan Amerika dan China untuk mengawal dunia digital yang semakin canggih.

Namun, AS juga bimbang terhadap kemunculan gergasi-gergasi teknologi kerana ia berpotensi untuk memanfaatkan kerajaan-kerajaan “kuku besi”, termasuk musuh-musuh mereka.

Secara kebetulan, inisiatif negara Uncle Sam ini juga berlaku pada waktu yang sama dengan ketegangan yang semakin meningkat di antara Washington dan Beijing susulan tindakan Presiden Donald Trump mencetuskan perang dagang dengan China.

AS telah mengenakan tarif terhadap sesetengah import dari China, dan ini sekali gus menimbulkan kemarahan Beijing.

Amerika Syarikat juga telah mengetatkan lagi peraturan pelaburan asing yang menyasarkan urusniaga bersama Beijing.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker