Teknologi

Microsoft Bakal Bekal HoloLens Untuk Kegunaan Askar AS

Baru-baru ini Microsoft dilihat telah memenangi kontrak bernilai jutaan AS dolar untuk membekalkan prototaip HoloLens bagi kegunaan tentera Amerika Syarikat di dalam latihan.

Menurut laporan Bloomberg, kontrak tersebut merupakan bekalan lebih 100,000 unit set kepala HoloLens bernilai AS$480 juta (RM2.01 bilion) bertujuan memberikan latihan dan simulasi yang ‘se-nyata’ boleh apabila berdepan dengan musuh.

HoloLens  tersebut akan berbeza dengan produk yang dijual di pasaran kerana protaip yang dibekalkan akan mengandungi beberapa ciri-ciri ketenteraan seperti night vision, sensor thermal, pengukat kesihatan seperti denyutan nadi, pernafasan dan sebagainya.

Biarpun Microsoft berjaya memenangi kontrak ini, namun ramai pekerja Microsoft tidak senang dengannya kerana syarikat tersebut dilihat membina peralatan untuk tentera.

Dalam satu blog pekerja Microsoft, beliau menyuarakan pendapat bahawa produk Microsoft bukan bertujuan untuk peperangan.

Walaubagaimanapun, presiden Mircosoft, Brad Smith menjelaskan pekerja berminat sahaja yang akan mengendalikan projek ini manakala yang lain akan ditugaskan kepada projek-projek yang lain.

HoloLense merupakan set gogal dengan teknologi AR (Augmented Reality) yang membolehkan pemakai melihat dunia tersebut sambil berinteraksi.

Dengan beberapa demonstrasi yang telah dilakukan, produk ini dilihat sebagai satu inovasi yang baik untuk dunia teknologi terutama untuk pasaran permainan video.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker