Gaya HidupPercutian

Di Mana Ada Pelancong, Di Situ Ada Penyeluk Saku

Kadar pengangguran sangat tinggi di beberapa negara Kesatuan Eropah seperti Sepanyol, Portugal dan Greece. Sesetengah orang yang menganggur ini terpaksa bergantung pada perbuatan yang salah seperti mencuri dan menyeluk saku untuk memenuhi keperluan mereka.

Dengan banyak tanda amaran mengingatkan pelancong untuk berhati-hati dengan penyeluk saku, pelancong di Eropah perlu sentiasa berwaspada! Pelancong disaran menyimpan “wang kecemasan” di tempat yang selamat ketika melakukan perjalanan di seluruh benua Eropah.

Walau bagaimanapun, Eropah masih menjadi tempat yang perlu dikunjungi kerana keindahannya. Namun, pelancong sama sekali tidak boleh mengabaikan aspek keselamatan mereka terutama di negara-negara berikut:

Greece

Image result for greece athensSetiap kali anda melawat Greece, anda mesti berhati-hati dengan dua perkara: Demonstrasi di Dataran Parlimen dan penyeluk saku, terutama di tempat-tempat tarikan pelancongan.

Selepas lapan tahun pembinaan dan pembiayaan dari Kesatuan Eropah, Greece telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi. Pengangguran berkurangan dari 40% hingga 20% tahun ini. Nampaknya orang Yunani diberi kesempatan lagi. Tetapi adakah ia bermakna bahawa tidak ada lagi penyeluk saku?

Athens adalah salah satu bandar tertua di dunia, yang mempunyai lebih dari 3,400 tahun sejarah dan sangat berbaloi untuk dilawati. Tetapi ia juga tempat yang hangat untuk sindiket penyeluk saku profesional.

Dalam satu kejadian, sebuah bas berhenti di satu tempat tarikan pelancong dan sekumpulan remaja bergegas untuk menjual payung. Tetapi dalam masa beberapa minit, seorang pelancong menyedari bahawa dompetnya hilang. Dia segera menjerit “pencuri!” Tetapi sudah terlambat kerana remaja penjual payung sudah hilang ketika itu. Pelancong malang itu kehilangan lebih daripada 1,000 Euro!

Perancis

Related imagePiramid kaca di Louvre adalah tempat yang paling menarik di Paris untuk pelancong tetapi ia juga merupakan tempat yang paling panas bagi pencuri. Pelancong biasanya berkumpul di sekitar karya seni oleh I.M. Pei tersebut dan mereka akan sibuk mengambil gambar. Di sinilah gadis-gadis Eropah Timur akan bergaul dengan para pelancong.

Mereka akan membawa beg sandang dan kamera serta memegang peta. Mereka kelihatan seperti pelancong biasa, tetapi apabila mereka melihat mangsa mereka, mereka akan mendekati orang itu dan berpura-pura bertanyakan arah. Seorang gadis lain kemudian akan berada sangat dekat dengan mangsa dan mencuri dompetnya!

Apabila anda menggunakan kereta api bawah tanah, elakkan orang ramai. Dalam satu kejadian, sekumpulan tujuh pelancong di Metro Paris cuba keluar dari kereta api pada masa yang sama ketika kira-kira 10 orang kanak-kanak masuk. Semasa peralihan ringkas ini, dua pelancong telah kehilangan dompet mereka!

Sepanyol

Related imageDi Sepanyol, penyeluk saku bersembunyi bukan sahaja di tempat-tempat pelancongan, tetapi juga hotel mewah. Di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Sepanyol, tetamu berkumpul di sekitar dewan sarapan pagi.

Seorang pelancong telah meninggalkan begnya di kerusinya untuk mendapatkan makanan tetapi apabila dia kembali ke meja, begnya sudah hilang.

Aduan dibuat ke hotel tetapi tidak berjaya. Polis tidak dapat memeriksa kerana mereka mendakwa bahawa CCTV telah rosak dan pelancong itu bahkan “dipujuk” untuk melupakan kes terbabit.

Itali

Image result for tourist in veniceKehilangan barangan anda semasa menginap di sesebuah hotel dan hotel tidak mahu bertanggungjawab adalah pengalaman bercuti yang mengerikan.

Di sebuah hotel di Itali, seorang tetamu mendapati bahawa bagasinya hilang dari biliknya. Hotel mendakwa bahawa mereka tidak mengetahui apa yang telah berlaku.

Sementara itu, di sebuah kedai barang kemas, seorang pelancong mendapati beg sandangnya telah terbuka dan barang-barangnya termasuk pasport turut dicuri.

Sentiasa Berwaspada

Eropah sebagai pusat tamadun, kesusasteraan, seni bina, masakan dan pusat jenama mewah antarabangsa, merupakan destinasi yang bagus untuk pelancong. Tetapi pengunjung perlu sentiasa berjaga-jaga.

Penyeluk saku adalah hasil sampingan dari kegiatan pelancongan. Malaysia juga tidak terkecuali dengan kehadiran penyeluk saku terutama di Petaling Street Kuala Lumpur.

Jadi walau di mana pun anda melancong, ingatlah: “Berhati-hati dengan penyeluk saku”.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker