Sukan

80,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Habis Dijual

Kesemua 80,000 tiket bagi perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Thailand yang bakal berlangsung pada 1 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil telah habis dijual.

Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kesemua tiket yang mula dijual di kaunter-kaunter di Stadium Nasional bermula daripada pukul 10 pagi, habis dijual dalam masa tiga jam.

Tambah mereka, tiket yang dijual oleh rangkaian rasmi seperti Al-Ikhsan Sports and Football Republic juga turut habis dijual.

Jumlah keseluruhan itu termasuk 40,000 tiket yang dijual secara atas talian.

FAM melalui laman Facebook rasminya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan sokongan mereka dan berharap stadium yang penuh ini dapat membawa keputusan yang positif kepada pasukan Harimau Malaya.

Malaysia akan bertemu Thailand di laman sendiri pada perlawanan pertama dalam pusingan separuh akhir dan memerlukan keputusan yang baik sebelum berlepas ke Stadium Rajamangala di Bangkok pada 5 Disember nanti.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker