Isu SemasaTempatan

Usah Biarkan Isu Kuil Gugat Keharmonian Negara

Perbalahan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25 telah menampakkan sisi yang paling teruk dalam era Malaysia Baharu berbanding beberapa insiden bersifat perkauman yang telah berlaku sebelumnya.

Apa yang bermula sebagai isu pemilikan tanah dan penempatan semula tempat ibadat telah meletus menjadi penyebaran maklumat yang salah, pertikaian perkauman, teori konspirasi, keganasan yang telah memusnahkan harta benda, masyarakat yang berpecah, individu yang cedera dan seorang anggota bomba sedang bertarung nyawa di hospital.

Dalam situasi di mana akan ada pihak yang sengaja mahu mencetuskan kekeliruan, adalah penting untuk masyarakat tidak mengeruhkan lagi keadaan dan memahami mengapa keadaan telah menjadi seperti ini.

Bertentangan dengan tuntutan kepimpinan yang mengatakan kuil Sri Maha Mariamman telah bertapak di Seafield selama lebih dari 100 tahun, kuil ini sebenarnya dibina pada tahun 1981. Pada tahun 2007, tanah kuil itu dibeli oleh One City Development, yang bercadang untuk membangunkan tanah itu.

Selepas pertikaian undang-undang, kepimpinan kuil bersetuju untuk berpindah ke tanah seluas satu hektar di USJ23, pada bulan Julai 2014.

One City Development memberi jawatankuasa itu sumbangan bernilai RM1.5 juta dan membina kemudahan untuk kuil baru di USJ23, kira-kira tiga kilometer dari tapak asal. MCT Bhd adalah pemilik One City Development tetapi dijual pada Disember 2017.

Ini adalah fakta sahih tentang kuil tersebut. Walau bagaimanapun, persetujuan dalaman pihak berkuasa kuil tentang keputusan ini adalah tidak jelas.

Apa yang jelas, terdapat kem-kem yang menyokong penempatan semula dan ada yang tidak, berdasarkan interaksi antara ahli jawatankuasa utama kuil di media sosial.

Dikatakan bahawa berlaku rampasan kuasa antara kepimpinan tertinggi kuil oleh bekas anggota yang sekarang sedang menjalankan tempat ibadat itu dan tidak kurang juga teori konspirasi turut tersebar mengatakan wujud tangan tersembunyi yang cuba mencetuskan ketidakharmonian di dalam kuil untuk motif tersembunyi.

Ahli jawatankuasa kuil tidak menjawab permintaan untuk ditemuduga.

Dalam berita nasional, dikatakan bahawa pemaju telah mengupah samseng dari kaum yang berlainan untuk memusnahkan kuil dan pihak berkuasa turut terlibat dalam seluruh permainan untuk menyebarkan ketidakharmonian dalam masyarakat yang membawa kepada beberapa orang antara mereka diserang oleh orang ramai.

Ahli politik dan pengulas dalam talian turut mempercayai spekulasi ini, meninggalkan pihak polis dan pasukan keselamatan untuk mengendalikan rusuhan yang berlaku.

Teori-teori konspirasi sebegini pantas tersebar dalam waktu genting ini dan orang ramai dilihat lebih suka mencari jalan untuk menyalahkan sesuatu pihak berbanding mencari jalan penyelesaian.

Ia mengejutkan untuk melihat bagaimana konflik dalaman dengan mudah dapat diputar-belitkan sebagai konspirasi perkauman dan bagaimana subjek sensitif seperti itu boleh tersebar meluas di internet.

Ia kelihatan seolah-olah orang ramai mahukan perpecahan dan rusuhan berbanding kedamaian. Jadi di manakah kita sekarang?

Sukar untuk diramal kerana keadaan masih belum menemui penyelesaian. Yang penting adalah untuk pihak berkuasa mengurangkan ketegangan tanpa mengira bagaimana ia boleh tercetus.

Dan ia sangat penting bagi orang ramai untuk tidak terikut-ikut dengan emosi dan untuk tidak percaya kepada plot jahat dan teori konspirasi sepenuhnya. Sebaliknya, sebarkan fakta dari sumber yang boleh dipercayai dan betulkan maklumat yang salah. – The Star

Show More

Related Articles

Back to top button